Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Saturday, March 28, 2009

Persoalan dan Jawapan

Soalan 1:
Bagaimana saya boleh membayar bagi pesanan yang telah di tetapkan ?

Bayaran boleh dibuat melalui 3 cara berikut:
1. Transaksi bank secara online melalui laman web cimbcliks ke dalam akaun CIMB no acc: 01180063391528 atau melalui laman web maybank2u ke dalam akaun Maybank no acc: 114262350923
2. Cash deposit melalui cash deposit machine yang berada di bank CIMB atau Maybank ke dalam akaun seperti cara no 1. di atas.
3. Bayaran terus kepada kami.

Soalan 2:
Bagaimana saya boleh buat pesanan dan berapa jumlahnya ?

Download fail senarai harga

(fail excel), kemudian nyatakan kuantiti barangan yang dipesan di kolum biru. Jumlah dan harga keseluruhannya tercatat di bahagian akhir fail tersebut. Sila tambah RM 5 sebagai kos penghantaran jika ada. Hantarkan kembali melalui email kepada tanyalah_nazrin@yahoo.com dengan member maklumat nama, no telefon dan alamat penghantaran. Kemudian buat pembayaran seperti Soalan 1.

Soalan 3:
Adakah kesemua produk HPA boleh kami pesan dan hantar kepada kami?
Secara Pos:
Buat masa kini produk akan hantar melalui pos laju atau pos ekspress mengikut kesesuian. Produk cecair seperti Madu Asli, Syampu, Kordial, Pencuci, frozen food, beras dan sebagainya tidak boleh dihantar melalui pos kerana peraturan serta kos penghantaran agak tinggi akibat kos beratnya melebihi harga produk itu sendiri.

Produk minyak botol seperti minyak but-but, dan tonik pandan rambut serta ubat gigi boleh kami hantar melalui pos.

Penghantaran terus:
Jika anda berada disekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Nilai dan disekitar kediaman kami, maka hampir kesemua jenis produk boleh dihantar terus kepada anda.

Soalan 4:
Berapakah kos penghantaran?

Jumlah harga pembelianKos Penghantaran
Kurang RM50RM5
Lebih RM50Percuma


Soalan 5:
Jika saya rakan niaga myhpafamily blog , adakah terdapat kos penghantaran?

Tiada

Soalan 6:
Jika saya bukan rakan niaga myhpafamily blog tetapi ahli hpa, adakah terdapat kos penghantaran jika ingin memesan dari blog ini?
Ya mengikut kos penghantaran yang ditetapkan oleh perkidmatan Pos Malaysia

Soalan 7:
Bagaimana saya ingin mengesan dimanakah pesanan barangan saya?

Saya akan beri no track id Pos Laju/ Pos Ekspress. Anda dan saya boleh kesan melalui laman web pos di http://www.pos.com.my/v1/MAIN2.ASP?c=/v1/TrackTrace/MainTrack.htm

Soalan 8:
Kenapa tiada pembayaran secara kad kredit?
Pembayaran kad kredit melibatkan laman web yang menpunyai sistem keselamatannya tersendiri. Blog tidak menawarkannya. Tambahan pula sukar untuk menentukan adanya barangan yang ingin dipesan jika pembayaran kad kredit telah dibuat. Agak sukar jika refund hendak dilakukan.

Soalan 9:
Bolehkah saya tawar menawar dari segi harga?

Adalah menjadi etika seseorang pengedar HPA mengikut panduan harga yang telah ditetapkan oleh syarikat HPA. Maka dengan itu harga pengguna perlu ditetapkan kepada pengguna bukan ahli. Hanya ahli/pengedar HPA sahaja layak menikmati potongan sebanyak 20~25% dari harga pengguna.


Soalan 10:
Jika begitu, bagaimana saya boleh menikmati potongan 20~25% seperti soalan 9?

Menjadi ahli/pengedar HPA dengan bayaran sekali seumur hidup RM30. Caranya lihat di post menjadi rakan niaga.

Soalan 11:
Adakah keahlian saya akan ditamatkan jika tiada pembelian dilakukan untuk jangkamasa yang lama?

Tiada seperti yang dinyatakan pada jawapan soalan 10, yuran seumur hidup!

Soalan 12:
Saya non muslim, adakah saya dibenarkan menyertai MLM(S) HPA ini ?

Ya, tiada halangan kepada sesiapa yang berminat.

Soalan 13:
Adakah saya akan diwajibkan hadir mengikuti kelas/ceramah anjuran anda atau menjual produk ?
Tidak, walaubagaimana pun kesemua program/kelas yang diatur oleh HPA berbentuk ilmiah dan latihan pratikal. Malah kelas/ceramah yang diatur bukan hanya ditumpukan kepada aspek penjualan atau pencarian prospek baru sahaja, tetapi lebih kepada tunjuk ajar yang meningkatkan kemahiran seseorang pengedar. Antara kelas yang mendapat sambutan adalah Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC), Kelas refleksologi tapak kaki, mengesan masalah pada saraf tapak tangan dan sijil herbalist.


Soalan 14:
Adakah saya perlu maintain membeli produk HPA untuk mendapat bonus ?

Bonus pada asasnya diberi berdasarkan pembelian peribadi anda. Sebagai contohnya jika anda hanya membeli produk herba D’Deu sebotol sahaja untuk bulan ini, anda tetap mendapat sekurang-kurangnya RM5 (anda berada didalam pangkat PLX). Namun jika anda telah pun menpunyai rangkaian rakan niaga, maka bentuk bonus yang lain juga boleh perolehi. Di dalam kit niaga HPA terdapat penerangan tentang pelan pemasaran dan struktur bonusnya.
Secara kesimpulannya ada pembelian adalah bonusnya, bukannya perlu capai nilai mata tertentu untuk mendapatkan bonus itu.

Soalan 15:
Bagaimana pembayaran bonus dibuat ?
Di dalam borang keahlian mendaftar menjadi ahli/pengedar HPA terdapatnya ruangan no akaun bank Islam. Maka jika anda ada akaun tersebut, maka pembayaran terus debit ke dalam akaun anda. Jika tiada akaun bank tersebut, cek akan dihantar di atas nama anda kepada alamat rumah yang dinyatakan.

Untuk pengetahuan anda, bagi bonus yang kurang RM50, maka cek dalaman atau voucer akan diberikan . Kebiasaanya pengguna HPA tidak menukarkan voucer ini kepada wang ringgit, tetapi digunakan untuk menbeli produk yang seterusnya.

Disertakan penyata pembelian dan bonus anda setiap kali cek dihantar kerumah anda.

Soalan 16:
Bagaimana saya akan memastikan bahawa pembelian saya akan tally / seragam dengan penyata bonus?
Setiap ahli/pengedar HPA akan diberi nombor ahli. Maka secara tidak langsung anda memberi nombor ini kepada jurujual cawangan HPA setiap kali pembelian dilakukan dan direkodkan melalui computer dan dihubungkan terus kepada sistem jualan HPA. Maka resit/invois tercatat jumlah nilai mata dan harga pembelian.

Manakala jika anda membeli menerusi stokis, anda akan mendapat salinan resit dan butiran pembelian akan ditulis secara manual terlebih dahulu . Kemudian pihak stokis akan menghantar laporan pembelian anda kepada ibupejabat HPA.

Thursday, March 26, 2009

Minyak But-But


Melihat daripada undian yang dibuat mencari produk yang popular, di dapati Kopi Radix dan Ubat Gigi Herba mendapat undian tertinggi (seperti yang dijangka). Agak memeranjatkan Minyak But-but tidak langsung di undi. Ini kerana kami juga menggunakan minyak but-but ini dalam kehidupan seharian. Justeru itu kesempatan ini, izinkan kami menerangkan kepentingan minyak but-but keluaran HPA Industries Sdn Bhd.

Menurut mereka, minyak but-but mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuk jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung but-but untuk menbuat sarangnya.

Antara kelebihan Minyak But-but adalah:

Sebagai Minyak Urutan,Mengubati Sengatan Serangga, Luka-luka Kecil, Terkena Air Panas, Melecur. Dengan kata lain ia disapu di bahagian luaran badan. Botol Minyak but-but ini pun mudah di bawa kemana-mana. Mudah cerita ia mengantikan minyak gamat ke , minyak kapak ke, minyak angin ke..dan macam-mcam minyak yang lain.

Ayahanda kami PJS Abdullah Abdul Rahim menggunakan minyak But-but ini sebagai rawatan urutan kaki ketika beliau menjalankan urutan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan urutan kaki ini. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui atau ingin merasai urutan kaki, sila hubungi ayahanda kami.Gerenti puas hati..

Ketika mengandungkan Eiymann, suami kerap gunakan minyak but-but ini untuk mengurut/mengosokkan di bahagian kaki. Ye lah kaki membengkak ketika mengandungkan, tak gitu?

Ketika Eiymann masih bayi lagi, kami juga menggunakan minyak but-but ini sebagai urutan bayi (baby massage) di keseluruhan badannya. Senang hati kami, ye lah menggantikan minyak jo**son&jo**son ( remember to boikot the palestine killer). Tiada masalah pun, bayi tak menangis.

Kepada ada sesiapa ada masalah kembung perut, gastrik ke, yele lambat makan ke, so perut pun dah masuk angin kan, sapukan minyak but-but dibahagian perut secara memutar. Untuk mempercepatkan proses pemecah angin di perut , makan herba tuju angin bersama. Anda akan mendengar dengan sendirinya angin di perut meletup-letup.

Selain itu khasiat yang dinyatakan oleh HPA ini adalah tulang patah cepat sembuh, kepada pesakit darah tinggi/stok, sapukan kebahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh. Selain itu mengubati kanak-kanak yang sering kencing malam atau bayi yang kerap menangis di waktu malam, gunakan lah minyak but-but ini.

Ha kepada para suami/isteri dan wanita yang menopause, minyak but-but ini juga mengatasi masalah sakit puan atau sakit tuan..Sendiri mau agak lah..

Harga pengguna biasa RM10 , kalau dah jadi ahli RM8 je..utk 75ml.

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 29 ....

Happy Birthday to my lovely wife..yang ke 29 tahun ( 25 March ), (ye ke dah 29 thn, kecik nampak). Semoga kasih sayang keluarga kita berkekalan selalu dan dimurahkan rezeki dengan ilmu, kesihatan serta tanggungjawab (yang tidak dapat suamimu pikul) sebagai isteri dan ibu.

Pesanan dari E'izz Eiymann Nazrin.....

Ayam Cucuk Versi Harian Metro

Article ini adalah susulan dari pada post kami yang lalu tentang ayam cucuk melalui buletin utama, tv3. Berikut pula adalah article yang kami perolehi daripada harian metro. link di artikel sini. (Rasanya sekarang link ini tak valid lagi). Maka kami kongsi bersama-sama artikle ini supaya dijadikan panduan...

Ayam cucuk
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my




SHAH ALAM: Halalkah ayam yang anda makan? Persoalan itu mungkin menjadi tanda tanya apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini, awal pagi semalam menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.

Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Dalam operasi jam 3.30 pagi semalam dan berakhir tiga jam kemudian itu membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.
“Ada ayam itu cuma dicucuk lehernya dan ada juga yang disembelih tidak mengikut hukum syarak.
“Selain itu, pemeriksaan juga mendapati pusat penyembelihan ini juga turut mencampur aduk ayam yang hendak dijual kepada orang bukan Islam sekali gus menyebabkan ia tidak halal,” katanya di sini, semalam.

Malah, beberapa tin kosong minuman keras turut ditemui di sekitar premis terbabit.

Difahamkan pusat penyembelihan itu mendapat bimbingan daripada Jakim mengenai cara penyembelihan yang betul.

Mohd Hidayat berkata, operasi besar-besaran itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada pengguna yang curiga dengan status ayam yang dibeli sebelum membuat risikan dan menyerbu pusat penyembelihan ayam terbabit.

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan makanan yang dimakan orang Islam dan pusat penyembelihan terbabit diarahkan ditutup serta-merta.

“Semua ayam itu dirampas bagi membolehkan kami melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Enekmen Syariah 10 (a) iaitu perbuatan menyebabkan Islam dipandang hina.

“Kami juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini supaya menghubungi Jais untuk tindakan lanjut,” katanya.

Monday, March 23, 2009

1st-Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009

Aktiviti hujung minggu ni adalah menyaksikan pertunjukkan udara belon panas antarabangsa di Putrajaya. Just to share our photos..Pls enjoy...





Saturday, March 21, 2009

Ayam Cucuk?

Kita kini di ancam dengan ayam yang tidak sembelih. Belum masuk cerita ayam di beri dedak dari hasil keluaran babi! Lu fikir lah sendiri..

Memang tak mengherankan pun. Kita hanya lihat hanya orang melayu sahaja yang menjual ayam di pasar/pasar malam.Tetapi adakah mereka menternak ayam sendiri? Contoh yang jelas untuk kita lihat bersama ,cubalah anda lihat siapakah yang membawa ayam hidup menaiki lori di highway kita ini?







Kami sebenarnya memang tak beli lagi ayam dari pasar ni. Kini hanya ayam organik HPA sahaja kami beli. Ada perbezaan yang nyata antara ayam di pasar dengan ayam organik HPA ini pada post yang lalu.

EQ Minda



Memiliki anak yang cerdik adalah menjadi impian tiap-tiap ibu bapa di dunia ini. Justeru anak ini perlu di beri "baja" yang bermutu iaitu sumber makanan yang berkhasiat, lengkap dengan vitamin yang di perlukan , seterusnya meningkatkan imuniti badan anak itu.




Hari ini kami ingin berkongsi satu produk dari HPA Industries sdn bhd iaitu EQ Minda. Ia membantu menghilangkan keletihan serta meningkatkan perkembangan minda. Produk ini terdiri daripada beberapa kandungan yang tinggi khasiatnya dari sumber alam ini. Berikut adalah kandungan EQ Minda untuk tatapan anda semua.



Madu Lebah

-Makanan lengkap yang diturunkan dalam Al Quran.

Badam

-Membekalkan pelbagai vitamin dan mineral selain serat, protein, lemak dan kandungan fitokimia.

Habbatus Sawda

-Memberi kesan kepada paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti dan memudahkan penghadaman.

Kacang Adas

-Membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

Kurma

-Dari segi saintifik, ia berkesan mengubati gangguan usus, masalah sembelit serta penawar mujarab untuk insomia. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Tin

Sumber flavonoid dan politenol yang baik di samping kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi.

Kismis

-Memperbaiki daya ingatan, melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

Zaa'faran

-Antikarsinogenik, antimutegenik dan mengandungi antioksidan.

Halia

-Halia dapat merawat masalah angin, merawat inflamasi, mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.




EQ Minda ini diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari. Sudah tentu rasanya manis, ada rasa badam yang di kisar halus. Alhamdulillah Eizz Eiymann Nazrin (~2thn) kini mampu membilang one,two..ten, mengenal huruf jawi, alif, ba,ta,,mengenal alphabet a,b,c... Dia juga aktif dan kurang mendapat sakit seperti deman, seselma Dapatkan lah EQ Minda anak anda sekarang....

Friday, March 20, 2009

Shampu Pegaga


Penat pulang dari Skudai, saya terus mencari kaedah bagaimana memperolehi refreshment di anggota badan. Ye lah, hampir 4 jam perjalanan, kegatalan di kepala kerana peluh mencengkam kulit kepala. Antara kaedah menyegarkan kembali kepala ku adalah menggunakan Syampu Pegaga digunakan bersama-sama dengan Perapi Rambut Pegaga. Untuk kesegaran badan pula, saya gunakan Mandian Sari Timun.

Saya gemar produk ini kerana kandungan shampu ini tidak meragukan dan begitu membanggakan apabila herba pegaga pun boleh dibuat shampu....

So cubalah...

Testimoni Pengguna

Banyak juga saya telah mendengar testimoni yang baik tentang produk HPA ini daripada pelbagai lapisan pengguna. Namum saya kekurangan bahan untuk dikongsi bersama, lagipun kalau buat testimoni sendiri nampak sangatlah "angkat bakul sendiri".

Akhirnya saya berkenalan dengan En Fauzi(JKR) dari Pahang.Belum pernah berjumpa, cuma berkenalan melalui blog saya ini sahaja beliau menawarkan testimoni beliau sendiri kepada saya. Di atas kebenaran beliau , saya postkan kandungan SMS nya kepada saya beberapa hari yang lalu.









Kepada En Fauzi, saya juga memahami perasaan seorang ayah melihat anaknya aktif ketika berusia 2 tahun dan gembira melihat anak kita dibesarkan dengan produk2 keluaran masyarakat Islam. OK semoga gembira selalu bersama keluarga!

Wednesday, March 18, 2009

Betapa takutnya mereka kepada produk kita

Memo yang dihantar dari laman web rasmi hpa.Klik gambar untuk lebih jelas.


Itulah mereka (francais barat) yang sentiasa mencari jalan bagi mengekang produk kita termasuklah warna( vs K*C),dan rupa cawan (Cereal Radix)vs N**cafe.

Wednesday, March 11, 2009

Kordial Evergreen Centella


Kali ini saya ingin perkenalkan minuman Kordial Evergreen Centella (EC) keluaran HPA Industries Sdn Bhd. Minuman EC ini mengabungkan pegaga dan spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan , Kobalt, Iodin dan Selenium.

Tapi yang penting saya nak cerita khasiat yang ditawarkan oleh EC ini berdasarkan dari artikel yang mereka terbitkan.

1.

Mempunyai Gamman Linoletik Asid (GLA).

EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih, dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.
2.

Baik untuk Pertumbuhan Otak.

Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga jam 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection san self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anka-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.
3.

Amat Sesuai Untuk Pelajar.

EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan meransang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang.
4.

Untuk Purifier Darah.

Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti rasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.
5.

Untuk Impotensi.

Kajian pada lelaki di beberapa Negara dunia, menunjukkan kadar count of sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Jangan mengambil Viagra-kimia yang merosakkan tubuh. Dengan 3 sudu EC serta 3 tities Madu Asli akan menberikan kesan juah lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkanya.
6.

Penuh dengan Klorofil.

Selain daripada pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksiden.


Harga untuk 330ml EC ini adalah RM45 untuk ahli dan RM55 bagi bukan ahli. Nilai mata 15.

Monday, March 9, 2009

Madu Asli


Artikel ini saya dapati dari HPA Industries Sdn Bhd. Bersama-sama lah kita mengamalkannya.

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (Padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: 68-69 yang bermaksud
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: :Buatlah sarang-sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir"

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkannya dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakat pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan menbantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran ataupun racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal.

Madu Asli juda dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang. Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkan satu sudu besar setiap hari sebelum makan.

Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut. Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut setelah mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari telah menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan ia mampu untuk berjalan.



Saya juga menggunakan Madu Asli ini sebagai sebahagian penyediaan masakan dan mengurangkan masalah alahan/allergy apabila di ambil bersama dengan Coscinium Plus. Bagi para wanita, Madu Asli juga boleh di ambil dengan Paramaria Plus untuk menambah dan memperbaiki kesihatan wanita.

Akhir kata Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Sunday, March 8, 2009

Bonus! Syukur


Bagi bulan Febuari ini, kami berjaya menperolehi bonus terkumpul sebanyak RM 69.50. Ini dizahirkan setelah menerima cek dalaman daripada Al Wahida Marketing Sdn Bhd. Terdapat beberapa jenis bonus yang di tawarkan seperti bonus jualan peribadi, bonus jualan rangkaian, bonus generasi pangkat dan pelbagai lagi peringkat bonus.Yang pasti pemberian bonus ini begitu berbeza dengan syarikat MLM yang lain.

Jika kami gandakan usaha kami sebanyak 10 kali ganda, sudah tentu bonus boleh mencecah RM700. Walau bagaimanapun kami bersikap realistik dalam hal ini. Kejayaan tidak boleh datang dengan sekelip mata. Walaupun pelan pemasaran hpa secara teorinya boleh menghasilkan pendapatan 5 angka di dalam 5 bulan. Kami tetap perlu fokus menggunakan produk ini sebagai sebahagian cara hidup kami terlebih dahulu, kemudian mengesorkan kepada pengguna lain dan seterusnya secara tidak langsung pendapatan itu datang dengan sendiri.


Secara kesimpulannya, marilah kita menyertai HPA, menggunakan produk HPA dan mengesorkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan , dan insan-insan yang lain..

Apabila memperlekehkan alasan pemboikotan!



Dia mempelekehkan alasan pemboikotan atas nama Palestine, Iraq and so on. Sesungguhnya kita boleh hidup tanpa ekonomi US dan bukan mereka juga yang beri rezeki pada kita....

Friday, March 6, 2009

Radix Koko


Menurut laman blog Tuan Hj Ismail, beliau menyatakan bahawa "Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain,itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna.Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli.Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.
Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah."

Maka kami pun cuba dapatkan Radix Koko ini. Banyak juga komen dari pengguna dari laman web hpa.

Maka saya cuba lah Radix Koko ini pagi ini. Boleh sesuai untuk menggantikan jenama M**o masa kini. Cubalah , harga RM 20 sahaja.





Thursday, March 5, 2009

Mandian Sari Timun


Hampir seminggu kami tidak post artikel yang baru. Kali ini kami menperkenalkan produk mandian Centella Mandian Sari Timun dengan susu kambing (Cucumber Bath with goats milk) keluaran HPA Industries Sdn Bhd. Menurut label produk mandian ini, formula baru dengan susu kambing dan sari timun menbekalkan kulit dengan kelembutan dari bahan-bahan semulajadi. Menjadikan kulit lembut, licin dan menyegarkan.


Tapi apa yang penting , ia 100% Halal & Muslim Product, Not tested on amimals, and for sure made in Malaysia.


Cara penggunaanya senang sahaja...Tuangkan pada tangan atau span lembab, gosokkan pada badan dan bilas. Baunya begitu harum. Maaf gambar demo pada tangan sahaja..



Selamat Mencuba!..

Sunday, March 1, 2009

Menara Kuala Lumpur


Hujung minggu ini, kami pergi ke Menara Kuala Lumpur. Menara yang tersegam indah pada ketinggian 421 meter ini juga merupakan menara telekomunikasi ke empat tertinggi di dunia. Ia terletak di puncak Bukit Nenas. Ini lah kali pertama kami melawati Menara KL walaupun kami orang/tinggal di Kuala Lumpur.He..he.

Kami juga menikmati juadah makan tengahari di Restoran Berputar Seri Angkasa. Pemandangan di atas amat menarik untuk dikongsi bersama.










Setelah selesai melawat menara KL, kami juga siggah ke mini zoo yang terletak di kaki menara.Binatang yang dipamerkan jarang kita jumpa. Tentulah binatang yang dipamerkan adalah yang kecil-kecil seperti ular, cicak padang pasir, kura-kura dan beberapa burung esoktik.


Kami mengesorkan kepada sesiapa yang belum lawat Menara KL, cubalah..best tau, terutama kita bersama-sama dengan family. Memang benar agak mahal bayaran masuk+lunch di restoran berpusing, tetapi ia amat berbaloi..

Apabila petang menjelma di samping hujan turun, kami pun berangkat pulang. Untuk menbersihkan diri ketika mandi setelah badan dilimpahi dengan hujan, kami menggunakan sabun Sabun Asiatica XT keluaran HPA. Sabun ini mengandungi ekstrak pegaga, tea tree oil dan minyak serai wangi. Terasa segar dan nyaman apabila selesai mandi...




Cerdas Minda

Sinergi produk HPA yang disyorkan bagi membantu perkembangan minda adalah:



Kordial Evergreen Centella amat baik untuk pertumbuhan otak, amat baik juga kepada pelajar bagi mengatasi masalah attention deficit disorder. Evergreen Centella ini menyebabkan sistem saraf menjadi tenang.

Kismis minda mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak.

EQ Minda terdiri daripada Madu lebah, Badam, Habbatus Sawda, Kacang Adas, Kurma, Tin, Kismis, Zaa'faran dan Halia amat baik untuk menghilangkan keletihan dan perkembangan minda.

Spirulina sesuai dijadikan penganti untuk kanak-kanak yang tidak suka kepada sayuran hijau yang penting untuk tumbesaran.

Omega-3 Softgel mengandungi asid lemak EPA, DHA, LLA , asid amino kompleks dan mineral. DHA berfungsi membantu menigkatan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.

Dapatkan Sinergi Produk Cerdas Minda sekarang!
Rebutlah peluang menikmati potongan harga dari 20~25% apabila menjadi rakan kongsi myhpafamily!

Patah atau terseliuh

Sinergi Produk HPA yang membantu menyembuhkan terseliuh adalah:



Radix bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan dan sendi yang rosak akibat ghout, arthitis dan reumatik.

Radix bersama-sama Minyak But-but amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalah ikatan silang kolagen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat merawat dengan cepat.
Panaskan minyak but-but dan sapukan pada bahagian yang patah/ terseliuh.

Dapatkan Sinergi Produk merawat terseliuh sekarang!
Rebutlah peluang menikmati potongan harga dari 20~25% apabila menjadi rakan kongsi myhpafamily!

Asma atau Lelah

Antara simptom masalah lelah ini adalah:
1. Pernafasan berbunyi dan seolah-olah bersiul.
2. Sukar bernafas apabila tiba waktu malam.

Sinergi produk HPA yang dapat mengurangkan permasalahan lelah adalah:



Morin-A digunakan bagi mengatasi masalah penyakit lelah atau asma di mana berpunca daripada alahan cuaca, debu, makanan atau bahan kimia.

Ambil Madu Asli.

Minum Kopi Radix.

Pengambilan Extra Virgin Olive Oil ( Minyak Zaiton) baik juga diamalkan untuk penghidap lelah.

Dapatkan Sinergi Produk Lelah sekarang!
Rebutlah peluang menikmati potongan harga dari 20~25% apabila menjadi rakan kongsi myhpafamily!

Batu Karang

Antara simptom penghidap batu karang ini adalah:
1. Sakit pada bahagian abdomen di bahagian sisi kanan dan sisi kiri pinggang.
2. Loya/muntah dan berpeluh.
3. Sukar kencing, kencing berdarah/bernanah.

Sinergi Produk HPA yang disyorkan adalah:



Pengambilan Madu Asli bersama dengan Malac akan membolehkan pemecahan batu karang.

Malac yang bersifat diuretik iaitu memperbanyakkan air kencing yang dapat menurunkan tekanan darah dan penurun panas.

Herba Rebusan Alac diambil bersama dengan madu.

HB turut berperanan menghancurkan batu karang.

Teh Asiatica Plus boleh memecahkan batu karang jika diminum bersama Malac dan Madu Asli.

Dapatkan Sinergi Produk merawat batu karang sekarang!
Rebutlah peluang menikmati potongan harga dari 20~25% apabila menjadi rakan kongsi myhpafamily!
Blog Widget by LinkWithin