Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Monday, April 27, 2009

Pekongsian Bijak Cemerlang (PBC) Gerik, Perak

PBC merupakan program yang disusun oleh HPA melalui Pengarah Jati Setia (PJS) yang terpilih. Program ini disampaikan menerusi modul-modul yang disusun untuk 2 hari satu malam bertempat di hotel atau tempat penginapan yang ditetapkan. Antara modul-modul yang disediakan adalah

1. Mengenali Syarikat HPA dengan lebih jelas
2. Menpelajari asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Gerak kerja 6M dalam Perniagaan MLM
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui Latihan Dalam Kumpulan
6. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan
7. Qiamullail, Kuliah subuh
8. Senaman Pernafasan.

Menerusi PBC, pengedar-pengedar (peserta PBC) baru diberi tunjuk ajar bagaimana menjana jaringan perniagaan dan secara tidak langsung menjana pendapatan melalui penajaan. Secara teori nya peserta PBC di ajar untuk mencapai pendapatan 5 angka di dalam masa 5 bulan.

Kami menyertai PBC pada 21 Januari 2009 bertempat di Rumah Rehat Gerik Perak. Program PBC ini dianjurkan oleh ayahanda kami ,PJS Abdullah Abdul Rahim. Apabila menyertai PBC ini , maka pangkat pertama Pengurus Melati(PLX) akan kami perolehi tanpa melakukan penajaan atau melakukan pembelian terkumpul >1500 nilai mata. Justeru itu bonus meningkat kepada 20% dan ia terus kekal.
Pada 25-26hb April , kami juga telah menyertai sekali lagi PBC di tempat yang sama sebagai fasilitator atau pemantau. Ia sebenarnya usaha tidak langsung kami bersama-sama bergerak di bawah pimpinan ayahanda kami didalam membantu beliau memperjuangkan kerjaya beliau di HPA ini.

Kepada anda (bawa sekali pasangan suami-isteri) yang berminat menyertai PBC dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang HPA, halal-haram makanan semasa, atau ingin bertemu kami , hubungi PJS Abdullah Abdul Rahim ( mesra di kenali Pak Lah di kalangan warga HPA) di tel 0126849263.

Bagi kami, program seperti ini bagus kerana inilah mungkin pertama kali anda akan dapat melihat pasangan anda ( suami/isteri) bercakap di hadapan orang, menyerlahkan kemampuannya, dan seterusnya menghargai pasangan anda itu. Yelah salama ni walaupun kita duduk sebumbung sebenarnya anda mungkin kurang mengetahui potensi pasangan masing-masing.

Sebenarnya melalui HPA inilah, kami ibarat bekerjasama dalam satu kerjaya. Sebelum ini kami buat hal masing-masing kerana berlainan kerjaya , berlainan tempat kerja dan berlainan mimpi. Sebagai contohnya melalui blog ni, apabila isteri mendapat pelanggan dari Pulau Pinang yang ingin membeli ubat Madulia, dia bertindak sebagai PR ( Public Relationship). Manakala suami di belakang takbir (backend) seperti urusan pembungkusan, kewangan, dan update blog. Kami mendapatkan bantuan ayahanda kami untuk mendapatkan bekalan produk HPA ini. So kita suami isteri dan keluarga dapat berbincang dalam satu hal yang sama.

Akhir sekali, sertai lah HPA di bawah pimpinan (ayahanda kami) PJS Abdullah Abdul Rahim (Pak Lah) dan seterusnya menyertai program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Mudah je, buat macam ini,
1. Benci produk luar (yang meyalurkan sokongan kpd Yahudi, unsur-unsur mencurigakan-haram)
2. Beli produk tempatan iaitu produk HPA , sertailah HPA
3. Sertai PBC
4. Dapat bonus
5. Keluarga bahagia…

Anda bila lagi.?

Di sini kami cuba bawakan rentetan aktiviti yang berlaku semasa program PBC ini di Gerik ,Perak 25-26 April 2009. Sebanyak 35 peserta menghadiri.


25 April

Aturcara dimulakan dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan sesi perkenalan ( sesi ta’aruf)sesama penceramah, pemantau dan peserta PBC. Kemudian taklimat profil syarikat HPA di terangkan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Tahukah anda bahawa syarikat HPA sejak ditubuhkan dan sehingga kini tidak pernah buat pinjaman (loan) dari bank untuk membuat segala urusan perniaggan samaada membina modal,kilang dan pembangunan produk barunya. Ini lah dinamakan keberkatan apabila kita berniaga tanpa sokongan sistem riba.



Ini diikuti oleh PJS Abdul Yadi yang menerangkan Strategi Pemasaran Mencapai Lima Angka. Antara kandungan penyampaianya adalah tentang jenis-jenis bonus dan pangkat yang boleh di perolehi oleh ahli HPA. Paling menarik bagaimana menperloehi pendapatan sehingga RM26 000 dalam masa 5 bulan .


Pada sesi petang, PJS Abdullah Abdul Rahim sekali lagi mengambil tempat memberi ceramah tentang saraf tapak tangan. Tahukah anda keadaan fizikal tapak tangan kita ini dapat memberi tahu tahap kesihatan anda samaada anda menghidapi penyakit /masalah tertentu. Sebagai contohnya jika tapak tangan anda adanya bintik-bintik putih, anda mempunyai masalah angin dan darah tak seimbang di dalam badan. Maka bagaimana produk dan herba HPA ini dapat merawat masalah ini. Bagi wanita masalah sakit puan seperti aturan haid tidak atur juga boleh di kesan.


Ini diikuti slot seterusnya iaitu pengetahuan produk dan testimoni yang dihuraikan oleh PLX Siti Aisyah Abdullah tentang rawatan resdung, dan PLX Siti Hajar Abdullah tentang produk Kopi Radix. Sudah tentu PLX Siti Hajar menghuraikan bagaimana Kopi Radix ini dapat menambahkan air susu ibu.



Penerangan tentang Gerak Kerja 6M di terangkan oleh PJS Abdul Yadi sebelum penutup diakhiri dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Sesi malam dimulai dengan slot Malam Bintang –Bintang yang di sampaikan oleh PJX Siti Syarah Abdullah dan PLX Mohd Nazrin. Bagi PLX Mohd Nazrin, tajuk persembahan adalah “Bagaimana Internet digunakan untuk menyampaikan promosi HPA”. Ini seperti mana anda melihat blog inilah.



Akhir sekali sebelum penutup aktiviti , PJS Abdullah Abdul Rahim menyampaikan satu tajuk yang begitu penting bagi umat Islam kini iaitu “Halal Haram”. Tahukah anda berapa banyakkah produk diparasan sebenarnya tidak halal dan meragukan yang mengamcam umat islam kini? Adakah halal sesuatu produk itu hanya bersandarkan sijil Halal semata-mata? Tahukah anda kebanyakkan produk kegunaan harian telah mengaburkan mata kita dengan hanya melabelkan nama Melayu pada produk mereka tetapi siapa pengarah syarikat tersebut? Adakah dia tahu tentang halal haram? Segala pembongkaran akan terjawab.

26 April

Inilah yang membezakan syarikat HPA ini dengan khusus yang dianjurkan oleh syarikat MLM yang lain, iaitu adanya Kiamulai, Solat subuh berjemaah dan Kuliah subuh.Dan yang menariknya kuliah subuh ini disampaikan oleh salah seorang peserta PBC itu sendiri, iaitu saudara Mohd Israq yang juga diangkat sebagai peserta terbaik PBC kali ini.

Sesudah kuliah subuh, para peserta PBC di segarkan dengan aktiviti senaman pernafasan yang dipimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Jangan ingat hadiri PBC ini hanya duduk di dewan sahaja, tetapi penuh dengan aktiviti yang jarang anda lakukan di luar sana.



Aktiviti luar seterusnya dalah slot Gempur Radix iaitu perserta di bekalkan sekotak kopi radix dan ubat gigi herba untuk pergi berjuang. Berjuang dengan kata lain, peserta perlu face to face dengan orang ramai untuk menjual produk tersebut dalam masa satu jam. Sasaran pelanggan di sekitar bandar Gerik. Di sinilah kemampuan peserta diuji sepenuhnya. Percayalah , para peserta PBC yang malu-malu pun boleh berani berhapan dengan orang asing (potential customer)di jalanan.
Peserta kemudiannya akan berebut-rebut memperceritakan pengalaman masing-masing setelah Gempur Radix telah tamat. Terpancar kepuasan peserta PBC dapat menjual produk tersebut.



Slot yang berikutnya adalah EAGLE yang di sampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim sebelum aktiviti LDK yang kedua. LDK ini yang menarik di mana peserta akan pamirkan kemampuan berlakun dan bercakap di hapadan peserta yang lain. Ini lah slot yang mana anda boleh melihat isteri/suami/anak berlakun yang selama ini anda sendiri tidak ketahui. Hikmahnya anda akan lebih menghargai pasangan anda itu.





Sesi petang adalah sesi penutup dengan penyampaian hadiah dan saguhati kepada kumpulan dan peserta terbaik. Hadiah yang diberi tetap produk HPA bukan hamper ye.



Akhir sekali upacara penutup yang unik dengan takzkirah keinsafan yang di pimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim.



So ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa bagi menganjurkan Program Perkongsian Bijak (PBC) Komuniti HPA Grik, Perak, bertempat di Rumah Rehat Gerik di bawah kepimpinan Saudara Mohamed Hasbullah b Asli.Secara jujur PBC ini bukan sahaja untuk memperolehi pangkat PLX tetapi ilmu , pengalaman dan nilai kekeluargaan yang tidak diperolehi di luar sana. Sertailah PBC di bawah pimpinan PJS Abdullah Abdul Rahim yang akan datang , di jangka 23-24 mei 2009(tertakluk kepada perubahan). Jumpa anda disana ya!.

Friday, April 17, 2009

Banana Shake Radix Minda Toyyibah

Petang hari jumaat (hari ini) agak panas, setelah hampir seminggu hujan berpanjangan. Balik dari solat jummat di KUIS, aku beli pisang untuk di buat dessert special. Ini kerena aku tahu isteriku sedang memasak masakan ayam berempah menggunakan ayam organik HPA. Jadi aku turut menyumbangkan idea bagaimana aku dapat menolong isteriku di dapur.

Kali ini aku memperkenalkan dessert yang dibuat sendiri dengan menggunakan produk HPA. Dessert ini diberi nama Banana Shake Radix Minda Toyyibah. Bahan-bahannya seperti berikut:
1-Aiskrim Toyyibah (aku guna perisa Jagung untuk kali ini)
2-Chocolate Cookies Radix, 4 keping
3-Kismis Minda
4-Minuman Berkabonat Radix, perisa oren





Cara-caranya:
1-Blend aiskrim toyyibah bersama-sama dengan Chocolate Cookies Radix. Bagi menambahkan perisa dan melancarkan prosess blend tadi, masukkan sedikit air minuman berkabonat Radix perisa oren tadi bersama-sama.
2-Kemudian selesai blend, hidangkan bersama-sama dengan beberapa butir kismis minda HPA.

Apa yang menariknya tentang kismis minda ini adalah ia dikeluarkan oleh HPA melalui proses pengeringan semulajadi menggunakan sinar matahari , justeru keasliannya terpelihara dan dapat mengekalkan kualiti kismis.

Cubalah, Haaa... perlu diingat Banana Shake Radix Minda Toyibbah ini tidak terdapat dimana-mana cawangan HPA sekali pun, tetapi anda boleh buatkannya dengan syarat menggunakan bahan-bahan yang dinyatakan di atas.Selamat mencuba dan menjamu selera kepada anda semua...

(ps:Resepi ayam organik berempah yang dibuat oleh isteriku tidak dapat dipostkan sementara waktu ini..)

Wednesday, April 15, 2009

Sate Ayam Organik

Ramai yang bertanya dan memberi respond tentang sate yang dihidangkan ketika sambutan ulang tahun E'izz Eiymann Nazrin tempoh hari. Antara respond yang mereka berikan adalah sate ini lembut dikunyah. Namun ada di kalangan tetamu yang hadir mungkin tidak tahu bahawa sate ini adalah produk terbaru dari HPA iaitu Sate Ayam Organik. Ini seiring dengan matlamat HPA yang ingin membekalkan bekalan daging ayam secara organik dengan menambah nilai produk itu dengan keluaran sate ini.

Sate ini datang didalam paket plastik , ada 20 cucuk bersama kuah kacangnya. Harga RM15 sahaja. Kalau ahli RM12, maknanya secucuk 60 sen bagi harga ahli. Sate ini ialah frozen food (sejuk beku), so bila nak makan kene panaskan kembali. Tak kesah lah nak gunakan kuali atau oven. So konsep frozen food ini begitu mudah penyediaannya, hanya simpan sahaja di dalam peti ais (frozen area), kemudian jika ingin makan, panaskan sahaja.Sebagai contohnya jika dengan tiba-tiba ada tetamu/kawan/saudara datang bertandang ke rumah, kita tidak perlu risau apakah juadah yang perlu dihidangkan kerana penyediaan sate ini hanya diperhangatkan selama 5 minit sahaja.



Gambar dibawah adalah cadangan hiasan yang saya tambah iaitu bawang, ketupat dan timun.


Secara peribadinya saya mungkin beralih ke sate ayam organik HPA daripada sate yang popular di kajang ini, (tinggal di bangi, berhampiran di kajang). Lagi pun HPA sudah buka cawangannya di Bandar Baru Bangi.Ok selamat mencuba..

Monday, April 13, 2009

Terima Kasih



Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tetamu di majlis ulang tahun E'izz Eiymann Nazrin ke-2 tahun pada 14 hb April yang lalu. Terima kasih juga kepada mereka yang tidak berkesempatan namun tetap menghantar ucapan atau hadiah sebagai tanda hati.


Walaupun hujan agak lebat pada hari tersebut, kemeriahan majlis dimulai dengan bacaan doa yang di pimpin oleh ayahanda kami, PJS Abdullah Abdul Rahim. Tetamu kemudian dijemput untuk menikmati juadah yang special yang kami buat khas untuk tetamu. Antara menu adalah Satay Ayam Organik HPA, Nasi ayam dengan menggunakan Ayam Organik HPA, air minuman Radix (Orange & Sarsi)dan buah-buahan sebagai pembasuh mulut.Kepada tetamu yang datang sponsor beberapa makanan, kami ucapkan terima kasih.



Tetamu dihiburkan oleh badut ynag dibawa khas untuk menghiburkan kanak-kanak yang hadir dengan balon buatan tangan. Sayangnya kami bercadang ingin membuat game, tetapi cuaca kurang mengizinkan.

Bagi memastikan tetamu sentiasa mengingati majlis kami, tetamu diberi sedikit buat tangan dengan beg berisi minuman Roselle, Cereal Radix dan Chocolate Cookies Radix iaitu produk HPA.

Gambar-gambar ini adalah koleksi peribadi sahaja, maaf jika kurang cantik. Tunggulah apabila gambar dari official photographers dari kami siap, akan kami uploadkan.

Sekali lagi kami memohom maaf jika ada terdapat sebarang kekurangan yang kami sediakan atau kurang disedari oleh kami. Kepada tetamu yang kini kurang sihat kerana dibasahi hujan pada majlis kami, kami bersimpati. E'izz Eiymann Nazrin pun batuk-batuk, Insyaalah Madulia (ubat batuk HPA) dapat digunakan mengubati batuk.

Friday, April 10, 2009

Wow ! Ice-Cream Toyyibah


Ni merupakan produk yang mengagumkan kita semua. Manakan tidak, HPA kini telah mengeluarkan 4 jenis perisa ice-cream yang diberi nama Aiskrim Toyyibah. Ada empat perisa iaitu Vanila, Jagung, Kopi Radix dan Koko Radix. Kami sudah dapatkan dan merasainya. Harga setiap satu yang besar RM10, ahli Rm8. Susah tentu yang teristimewa yang tidak dapat di mana-mana pasaran sekarang ni perisa Kopi Radix dan Koko Radix. Sampai termimpi-mimpi..




Kekadang tu terfikir pulak, kenapa HPA ni mengeluarkan ice-cream nya tersendiri, sedangkan terdapat syarikat gergasi di luar sana yang menopoli pasaran ice-cream ini? So tentulah ada sebabnyakan..Sendiri lah fikir, yang penting kami sudah dapatkan ice-cream buatan Bumiputra Islam yang halal.

*Hendak juga kami sedia kan ice-cream ini masa sambutan hari jadi E'izz Eiymann Nazrin pada 12th April ini, tapi takde peti sejuk mudah alih..so lain kali laa..
Jangan lupe nye datang ke majlis ini.

Wednesday, April 8, 2009

Jemputan Ke Majlis Ulang Lahir E'izz Eiymann Nazrin tahun ke-2

Kepada anda yang berkelapangan di hujung minggu ini, kami berbesar hati menjemput anda seisi keluarga ke majlis ulang tahun kelahiran anak sulung kami E'izz Eiymann Nazrin yang ke-2.Berikut maklumat lanjut.

Date:
12 April 2009

Time:
2-5pm

Venue:
No. 16A, Putra Villa,
Jalan Seri Putra 7/5,
Bandar Seri Putra,
43000 Bangi, Selangor.


Theme:

Red & Black

Activities:
Clown & game



Peta lokasi :


Antara menu yang dinanti-nantikan adalah:
1- Minuman Roselle HPA
2- Cola Radix & Orange Radix & Sarsi Radix
3- Nasi Ayam Organik HPA
4- Satey Ayam Organik HPA
5- dan pelbagai lagi..

Ok, Jumpa kami di sini!
*Sponsor digalakkan

Friday, April 3, 2009

Bonus Bulan 3



Saje-saje upload picture..nak baca pasal bonus?

Cuti-cuti Malaysia

Pada 27-29 March yang lalu kami bercuti ke Melaka. Ini kerana adanya Bengkel Penulisan Makalah UKM yang dianjurkan oleh IMEN iaitu tempat saya bekerja sekarang ni. So bawalah sekali suami dan E'izz Eiymann Nazrin sekali, so sambil menyelam sambil minum air, kata orang.

Kami tinggal di Holiday Inn Melaka (belakang Mahkota Parade) di bandar hilir yang berhampiran dengan pusat perlancungan terkenal seperti A Famosa. Ye lah, duduk di hotel ni kita pun janganlah lupe kelengkapan penjagaan badan dan minuman yang kami amalkan selama ini. Seperti biasa kebanyakkan hotel akan bekalkan di bilik dengan N**cafe dan teh B*h, atau pun jenama kopi atau teh yang jarang sekali kita dengar. Walaubagaimana pun kami tetap bangga dengan Kopi Radix dan Ceral Radix yang kami bawa. Selain itu ubat gigi Herba (dewasa) dan ubat gigi Amal (kanak2) menjadi kewajipan. Sabun Pegaga turut sertai dalam percutian ini. Akhir sekali manalah tau-tau malang tak berbau ketika bercuti ini seperti kene sengat tebuan ke, sakit perut ke atau lenguh-lenguh, pastikan minyak but-but menjadi sahabat karib di kala susah.


Gambar-gambar berikut adalah sebahagian tempat yang kami sempat lawati pada hari terakhir di Melaka untuk tatapan umum bersama.

Niat nak naik Eye of Malaysia di tasik Titiwagsa KL tidak kesampaian, akhirnya dapat juga naik di Melaka. Dewasa Rm10 je.Lokasinya di muara sungai Melaka.


Kemudian kami naik beca dan jalan-jalan di sekitar bandar hilir . Pusing punya pusing, hampir satu jam kita sewa beca, so kosnya RM40. Pandai pakcik beca tu jual, cakap RM20 setengah jam, tapi punyalah dia bercerita sehingga terlupa sudah satu jam..takpelah janji berbaloi untuk beriadah..Lagi satu generasi sekarang ni manalah kenal beca sangat.



Akhir sekali, kami naik Melaka River Boat Cruise. Naik boat di waktu petang agak panas, kami syorkan naik di waktu malam kerana kesan pengcahayaan yang menaik di sepanjang sungai( tak sempat kali ni, next time).Dewasa RM10. Sungai pun dah nampak bersih berbanding terdahulu..


Selamat bercuti jika anda berpeluang..

Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk setiap bayi. Sehebat mana pun ciptaan susu formula itu tiada yang dapat menandingi keajaiban "gold water" ini.

Susu ibu adalah makanan semulajadi dan terbaik yang dianugerahkan khusus untuk bayi anda. Ia mengandungi segala khasiat yang diperlukan dengan komposisi yang betul. Ia mudah dicerna dan sentiasa tersedia dalam suhu yang sesuai pada bila-bila masa. Susu ibu mengandungi antibodi yang tidak ternilai yang dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan dan alahan,terutama dalam bulan-bulan pertama. Perkembangan dan kecerdasan seseorang bayi juga adalah lebih baik bila mendapat khasiat susu ibu.

E'izz Eiymann Nazrin sehingga kini (~2 tahun) telah mendapat susu daripada ibunya secara ekslusif (tiada air masak+ tiada makanan pejal) dan sehingga kini (fully breastfeed) dia tidak pernah sesekali mendapatkan susu formula berasaskan susu lembu.

Artikle ini juga berguna untuk para suami yang ingin menolong isteri dalam penyediaan susu ibu kepada anaknya. Pekara pertama jika ingin menyusukan anak yang bakal lahir atau bayi anda adalah setkan niat, azam dan doa yang kita (suami isteri) mahu menyusukan anak kita dengan susu ibu sendiri. Ini penting supaya minda ibu bersedia mengeluarkan hormon susu (prolactin).

Kepada para suami, belikan pam susu elektik yang terdapat dipasaran dengan harga RM300~RM500. Jenama seperti Spectra , Medela dan pelbagai lagi. Kami menggunakan Spectra 3 Electric Breast Pump kerana menggunakan elektik, kawalan kelajuan boleh diubah suai mengikut keselesaan, sucking system looks similar with baby sucking dan senyap (silence breast pum).

Kini setelah hampir dua tahun, kadar pengeluran susu semakin berkurangan dimana tak semewah semasa pantang.Ini kerana demand untuk baby terhadap susu berkurang kerana baby sudah menerima solid food. Walaubagimana pun saya mencari jalan bagaimana menambahkan susu.

Pemakanan tambahan yang dapat menambahkan susu ibu yang saya ingin syorkan ini adalah sebahagian produk HPA yang saya kenalpasti kelebihan menambahkan susu ibu. Antara produk tersebut adalah Kopi Radix,Cereal Radix, Kordial Kurma, Kordial Pegaga, Kordial Evergreen Centella, Madu Asli, softgel Habbatus Sauda, Spirulina dan Mega-3. Alhamdulillah saya masih dapat menyusukan E'izz Eiymann Nazrin sehingga kini.Dah dua tahun...








Untuk mengetahui lebih lanjut cerita penyusuan susu ibu ini, boleh kita kongsi bersama di blog personal saya ni. So selamat membaca..
Blog Widget by LinkWithin