Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Sunday, May 30, 2010

PBC 29-30 Mei 2010




PBC kali ke empat oleh penganjur komuniti HPA Wangsa Maju di bawah pimpinan Tuan Haji Taufix telah pun berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 29-30 Mei 2010. Bertempat di Brisdale Hotel Chow Kit Kuala Lumpur, seramai 30 peserta berjaya menempuh pelbagai modul yang padat dan berguna sepanjang 2 hari satu malam termasuk Kiamulai yang dijalankan.

PBC ini dipimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim, PJS Hafizan Fauzi selaku Presiden Kelab Al-Wahida dan turut serta Herbalist Haji Onn Ibrahim dan isteri Herbalist Wan Jamilah.

PJS Hafizan menyampaikan modul Gerak Kerja 6M yang mana cukup menarik perhatian peserta yang rata-rata ingin mengetahui cara terbaik untuk berjaya di dalam membina rangkaian jemaah ini.


Manakala Haji Onn serta isteri membawa slot Perubatan Jawi dan berkongsi pengalaman mereka di dalam menggunakan produk herba HPA ketika merawat gout yang di hadapi oleh mereka sendiri. Kini mereka juga telah mengambil inisiatif sendiri memperbesarkan ruangan stokis dan bilik rawatan bekam di halaman rumah mereka di Kelang.


Kini pengerak Kominiti HPA Wangsa Maju bersedia untuk menganjurkan PBC seterusnya pada 26-27 Jun 2010 di tempat yang sama dengan azam membawa lebih 40 orang peserta nanti. Daftarkan diri anda ke PBC akan datang melalui blog ini dan mungkin anda berpotensi menjadi pemimpin nanti seperti mereka dirajah bawah ini!


Sunday, May 23, 2010

IFTAR di HPA Wangsa Maju Hebat!


Sejarah tercipta di HPA Wangsa Maju pada malam 20 Mei 2010 apabila Kelab Pemimpin Al-Wahidah (KPA) melantik Komuniti HPA Wangsa Maju sebagai tuan rumah aktiviti IFTAR kali ini. Lebih 100 pemimpin , pengedar dan masyarakat setempat telah menghadiri majlis berbuka puasa sunat hari khamis tersebut dimana tercatat sebagai penyertaan terbanyak setakat ini ! Majlis bermula jam 6 ptg dan berahir jam 11 malam.

Antara pemimpin yang hadir adalah: (PJS susunan mengikut abjad)

Abdullah Abdul Rahim
Asri
Asma
Fatin
Hafidzan Fauzi
Jamaludin Yeop Majlis
Juwita
Jumani
Khalid Iskri
Marjuni
Normasatar
Nurhayati Yunus
Nurlia
Rosmandi
Sofwan
Saffarudin
Yadi
Zamri
Zaimah
Zainal

Selain itu Pengerusi Komuniti HPA Wangsa Maju, Hj Taufix bertindak sebagai tuan rumah kepada beberapa komuniti yang hadir, di antaranya Komuniti Kelang, Kios Masjid Serendah Selangor, Rawang, Seri Kembangan, Bandar Permaisuri, Ampang, Bentong Pahang, Gombak dan Shah Alam.



Acara dimulakan dengan majlis berbuka puasa disusuli dengan solat Magrib, solat Isyak dan bacaan surah Yassin. Acara kemuncak adalah tazkirah oleh Panel Syariah HPA Ust. Mohd Adnan Fadhil (merangkap Setiausaha Panel Syariah HPA) dan taklimat perkembangan semasa syarikat oleh Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi.

Tahniah kepada seluruh warga Komuniti HPA Wangsa Maju serta pihak pengurusan cawangan yang diketuai oleh Sdr Abu Bakar (Aman) yang berjaya menganjurkan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada presiden KPA iaitu PJS Hafidzan Fauzi dan Pihak Zon Tengah di atas sokongan kelab pada majlis ini.


Tuesday, May 18, 2010

Kursus Kiropraktik dan Kursus Bekam

Pada 15 -16 Mei 2010, di adakan julung kalinya kelas kiropraktik (Pembetulan tulang belakang) dan kelas bekam al-hijamah. Ia di hadiri oleh hampir 20 peserta yang bersemangat untuk mempelajari salah satu ilmu perawatan didalam HPA ini.

Komuniti Wangsa Maju amat berterima kasih kepada pengajar yang di datangkan khas dari komuniti HPA Tanjung Malim iaitu saudara PJ Mohd Redzuan, PJ Zainal serta beberapa pembantu.

Slot kursus ini dimulaikan oleh pengenalan dan teori sebelum latihan secara praktikal dilakukan oleh peserta itu sendiri. Kesemua peserta yang hadir merasakan inilah pengalaman mereka merawat diri mereka sendiri yang selama ini beranggapan rawatan kiro dan bekam ini adalah ilmu dari bangsa asing serta mahal untuk dipelajari. Namun setelah peserta ini hadir, maka keyakinan mereka akan kemahiran ini semakin bertambah. Syabas!




Setiap peserta diberi sijil penyertaan di atas kejayaan mereka pembelajari ilmu ini.

Jangan lupa untuk hadiri PBC akan datang pada 29-30 Mei 2010 di Brisdale Hotel ChowKit KL ini. Antara penceramah yang hadir adalah Herbalis PJ Haji Onn dari Kelang yang akan menyampaikan pengalaman beliau mengatasi masalah stok pada dirinya serta pembaharuan hidup beliau setelah membuka pusat rawatan HPA. Menarik..lekas daftar sekarang melalui blog ini!
Blog Widget by LinkWithin