
Sate ini datang didalam paket plastik , ada 20 cucuk bersama kuah kacangnya. Harga RM15 sahaja. Kalau ahli RM12, maknanya secucuk 60 sen bagi harga ahli. Sate ini ialah frozen food (sejuk beku), so bila nak makan kene panaskan kembali. Tak kesah lah nak gunakan kuali atau oven. So konsep frozen food ini begitu mudah penyediaannya, hanya simpan sahaja di dalam peti ais (frozen area), kemudian jika ingin makan, panaskan sahaja.Sebagai contohnya jika dengan tiba-tiba ada tetamu/kawan/saudara datang bertandang ke rumah, kita tidak perlu risau apakah juadah yang perlu dihidangkan kerana penyediaan sate ini hanya diperhangatkan selama 5 minit sahaja.


Gambar dibawah adalah cadangan hiasan yang saya tambah iaitu bawang, ketupat dan timun.

Secara peribadinya saya mungkin beralih ke sate ayam organik HPA daripada sate yang popular di kajang ini, (tinggal di bangi, berhampiran di kajang). Lagi pun HPA sudah buka cawangannya di Bandar Baru Bangi.Ok selamat mencuba..
3 comments:
kuahnya agak kurang sedap..satay ok la
Saya rasa kuahnya cume agak pedas.
Jom pakai adiWidget. Pasti cun blog HPA ni ;)
Post a Comment