Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Thursday, December 23, 2010

PBC 11 dan 12 Disember 2010 @ Adamson Hotel KL


Seramai 30 orang peserta PBC telah berjaya menamatkan program ini pada 11 dan 12 Disember yang lalu bertempat di Adamson Hotel ChowKit Kl. Beberapa nama besar pemimpin yang hadir membantu menjayakan program kali ini antaranya adalah PJS Khalid Iskri, PJS Ahmad Azam , PJS Juwita dan PJS Abdullah Abdul Rahim.


Antara pengisian yang amat menarik adalah demo tentang ilmu perawatan yang ditawarkan oleh HPA iaitu ilmu pembekamnan Al-Hijamah. Demo kali ini di sampaikan oleh PJ Mohd Rezuan.



Pengisian slot-slot yang lain termasuk pengenalan syarikat dan pelan pemasaran yang disampaikan oleh PJS Ahmad Azam, Gerak Kerja 6M oleh PJS Khalid Iskri, PJS Juwita bagi slot Malam bintang-bintang, PJS Abdullah Abdul Rahim pula mengambil slot halal haram dan dignosis saraf tapak tangan.



Program di akhiri dengan pembentangan para peserta yang melucukan.


Baiklah jumpa lagi. Salam 1 Malaysia.

Wednesday, December 8, 2010

Perkongsian Bijak Cemerlang PBC @ Adamson Hotel Kuala Lumpur 11 & 12 Disember 2010

Setelah hampir beberapa bulan berehat, akhirnya Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran Komuniti WangsaMaju di adakan kembali pada tarikh 11 & 12 Disember 2010. Tempat di Adamson Hotel Chow Kit Kuala Lumpur.

Bayaran RM160, termasuk penginapan, makanan, kit program dan pelbagai maklumat program terkini dari HPA.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Jumpa anda di sana!

Friday, November 5, 2010

Jemputan ke Puasat Stokis Daerah HPA Kg Kerinchi

Pada 13 & 14 November 2010 akan diadakan program perjumpaan terbuka muslimin & muslimat ke Dewan Pangsapuri PKNS(17T) Bukit Kerinchi Bangsar Baru.



Antara pemimpin yang bakal hadir adalah PJS Abdullah Abdul Rahim,& PJS Ahmad Azam. Anda semua di jemput hadir beramai-ramai...

Sunday, October 3, 2010

Majlis Perasmian Menara HPA International Centre

Syukur Alhamdullilah di atas kejayaan HPA memiliki (bukan sewa tau..) sebuah bangunan tersegam indah di Persiaran Sukan Seksyen 13 Shah Alam. Pada 2 Oktober 2010 di adakan Majlis Perasmian Menara HPA ini oleh Pengarah Urusan 1 HPA Industries, Tuan Haji Ismail bersama-sama dengan PJS HPA serta keluarga-keluarga HPA di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand,Cambodia serta Brunei.


Ribuan hadir yang rata-ratanya merasa bangga atas kejayaan ini, dari perniagaan kecilan herba di rumah beratapkan rumbia, berdindingkan buluh,kini hasil keberkatan perniagaan ini maka terbinalah bangunan ini milik penuh sebuah syarikat bumiputra Islam 100%...


Majlis rasmi di dahulukan dengan doa pembukaan majlis dan bacaan Al-Quran sebelum di ikuti ucapan dari wakil PJS Malaysia, Indonesia, Thailand,Cambodia serta Brunei. Ucapan yang ditunggu-tunggu iaitu dari Pengarah Urursan sendiri mengambil tempat. Antara kandungan ucapan beliau, menyatakan bangunan ini adalah milik kita semua dan masyarakat mula mengambil tempat di hati mereka bahawa apabila berkata produk halal adalah HPA.


Kemudian upaca perasmian HPAic & HPA Halal Mall oleh Pengarah Urusan bersama PJS HPA.




Pada sesi petang pula, diadakan pembentangan kertas kerja produk Alkaradix Chlorophy Drop dan Jeli Gamat oelh Dr Zakaria. Beliau menegaskan bahawa buang asid dalam badan, maka buanglah penyakit dalam badan.


Kemudian ulasan buku Kiropraktik oleh Pengarah Urusan sendiri.



Ucapara terakir adalah ucapan dari Ir.H.Heppy Trenggono M.Kom Founder and CEO United Balimuda Group yang di datangkan khas dari Indonesia. Beliau bercakap mengenai pasaran produk halal dunia kini yang rata-ratanya di kuasai oleh syarikat bukan Islam.


Ok jumpa lagi...berikut sebahagian gambar untuk tontonan semua!




Monday, June 28, 2010

PBC Istimewa 26-27 Jun 2010

Program Prerkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA kali ini telah menarik penyertaan seramai 37 peserta hadir ke Brisdale Hotel ChowKit.

Antara penceramah dan usahawan muslim hebat yang hadir menyampaikan ilmu mereka adalah PJS Ustaz Safuan dari Bukit Tinggi Kelang. Beliau menyampaikan peransang dan motivasi dalam mengerakkan enam prinsip kejayaan usahawan muslim HPA. Antara enam prinsip tersebut adalah mengamalkan produk, dan menghadiri kelas ilmuan seperti contohnya Kelas Mingguan di setiap cawangan HPA, dan Kuliah Perubatan Jawi.


Selain itu penceramah hebat seperti PJS Ahmad Azam, PJS Abdullah Abdul Rahim dan PJS Juwita merupakan tunjang utama bagi program PBC kali ini.


Berikut adalah ucapan peserta lelaki terbaik, (click play).


Apa pula celoteh peserta wanita terbaik, (click play)


Hadiah di sampaikan oleh PJS Ahmad Azam yang berupa CD Raihan Salawatherapy.




Pada akhir penutup program, para peserta dan ahli pelaksanan program dikejutkan dengan upacara kesukuran ulang tahun perkahwihan PJS Abdullah Abdul Rahim bersama isteri tercinta Pn Habsah ke 34 tahun. Majlis ringkas ini di atur sendiri tanpa disedari oleh anak-anak mereka. Suasana hiba dan penuh kesukuran menyelubungi emosi setiap peserta disana.


Jangan lupa pada 24-25 July 2010 pula di adakan lagi program PBC pada tempat yang sama. Sementara itu pada 17 July 2010, di adakan kursus Kiropratik dan 18 July, di adakan kursus Bekam yang di adakan di HPA Cawangan Wangsa Maju.

Jumpa anda di sana!

Tuesday, June 22, 2010

Perasmian Melaka Halal Hub @ Serkam Melaka



Kami berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Melaka Halal Hub di Serkam Melaka pada 21 Jun 2010. Perasmian di lakukan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam. Senang- senang lawatilah di Serkam...







Wednesday, June 9, 2010

PBC akan datang- 26-27 Jun 2010..Jangan Lepaskan Peluang



Insyallah pada 26-27 Jun 2010 ini akan diadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Brisdale Hotel ChowKit Kuala Lumpur.

Antara pemimpin yang hadir adalah PJS Abdullah Abdul Rahim, PJS Ahmad Azam,dan PJS Ustaz Safuan.

Selain itu turut bersama adalah PJ Mohamad Hasbullah Asli dari Gerik Perak yang akan bercerita dan berkongsi pengalamannya nanti.

Justeru itu daftar sekarang untuk PBC kali ini! Jumpa anda di sana!..

Sunday, May 30, 2010

PBC 29-30 Mei 2010




PBC kali ke empat oleh penganjur komuniti HPA Wangsa Maju di bawah pimpinan Tuan Haji Taufix telah pun berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 29-30 Mei 2010. Bertempat di Brisdale Hotel Chow Kit Kuala Lumpur, seramai 30 peserta berjaya menempuh pelbagai modul yang padat dan berguna sepanjang 2 hari satu malam termasuk Kiamulai yang dijalankan.

PBC ini dipimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim, PJS Hafizan Fauzi selaku Presiden Kelab Al-Wahida dan turut serta Herbalist Haji Onn Ibrahim dan isteri Herbalist Wan Jamilah.

PJS Hafizan menyampaikan modul Gerak Kerja 6M yang mana cukup menarik perhatian peserta yang rata-rata ingin mengetahui cara terbaik untuk berjaya di dalam membina rangkaian jemaah ini.


Manakala Haji Onn serta isteri membawa slot Perubatan Jawi dan berkongsi pengalaman mereka di dalam menggunakan produk herba HPA ketika merawat gout yang di hadapi oleh mereka sendiri. Kini mereka juga telah mengambil inisiatif sendiri memperbesarkan ruangan stokis dan bilik rawatan bekam di halaman rumah mereka di Kelang.


Kini pengerak Kominiti HPA Wangsa Maju bersedia untuk menganjurkan PBC seterusnya pada 26-27 Jun 2010 di tempat yang sama dengan azam membawa lebih 40 orang peserta nanti. Daftarkan diri anda ke PBC akan datang melalui blog ini dan mungkin anda berpotensi menjadi pemimpin nanti seperti mereka dirajah bawah ini!


Sunday, May 23, 2010

IFTAR di HPA Wangsa Maju Hebat!


Sejarah tercipta di HPA Wangsa Maju pada malam 20 Mei 2010 apabila Kelab Pemimpin Al-Wahidah (KPA) melantik Komuniti HPA Wangsa Maju sebagai tuan rumah aktiviti IFTAR kali ini. Lebih 100 pemimpin , pengedar dan masyarakat setempat telah menghadiri majlis berbuka puasa sunat hari khamis tersebut dimana tercatat sebagai penyertaan terbanyak setakat ini ! Majlis bermula jam 6 ptg dan berahir jam 11 malam.

Antara pemimpin yang hadir adalah: (PJS susunan mengikut abjad)

Abdullah Abdul Rahim
Asri
Asma
Fatin
Hafidzan Fauzi
Jamaludin Yeop Majlis
Juwita
Jumani
Khalid Iskri
Marjuni
Normasatar
Nurhayati Yunus
Nurlia
Rosmandi
Sofwan
Saffarudin
Yadi
Zamri
Zaimah
Zainal

Selain itu Pengerusi Komuniti HPA Wangsa Maju, Hj Taufix bertindak sebagai tuan rumah kepada beberapa komuniti yang hadir, di antaranya Komuniti Kelang, Kios Masjid Serendah Selangor, Rawang, Seri Kembangan, Bandar Permaisuri, Ampang, Bentong Pahang, Gombak dan Shah Alam.



Acara dimulakan dengan majlis berbuka puasa disusuli dengan solat Magrib, solat Isyak dan bacaan surah Yassin. Acara kemuncak adalah tazkirah oleh Panel Syariah HPA Ust. Mohd Adnan Fadhil (merangkap Setiausaha Panel Syariah HPA) dan taklimat perkembangan semasa syarikat oleh Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi.

Tahniah kepada seluruh warga Komuniti HPA Wangsa Maju serta pihak pengurusan cawangan yang diketuai oleh Sdr Abu Bakar (Aman) yang berjaya menganjurkan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada presiden KPA iaitu PJS Hafidzan Fauzi dan Pihak Zon Tengah di atas sokongan kelab pada majlis ini.


Tuesday, May 18, 2010

Kursus Kiropraktik dan Kursus Bekam

Pada 15 -16 Mei 2010, di adakan julung kalinya kelas kiropraktik (Pembetulan tulang belakang) dan kelas bekam al-hijamah. Ia di hadiri oleh hampir 20 peserta yang bersemangat untuk mempelajari salah satu ilmu perawatan didalam HPA ini.

Komuniti Wangsa Maju amat berterima kasih kepada pengajar yang di datangkan khas dari komuniti HPA Tanjung Malim iaitu saudara PJ Mohd Redzuan, PJ Zainal serta beberapa pembantu.

Slot kursus ini dimulaikan oleh pengenalan dan teori sebelum latihan secara praktikal dilakukan oleh peserta itu sendiri. Kesemua peserta yang hadir merasakan inilah pengalaman mereka merawat diri mereka sendiri yang selama ini beranggapan rawatan kiro dan bekam ini adalah ilmu dari bangsa asing serta mahal untuk dipelajari. Namun setelah peserta ini hadir, maka keyakinan mereka akan kemahiran ini semakin bertambah. Syabas!




Setiap peserta diberi sijil penyertaan di atas kejayaan mereka pembelajari ilmu ini.

Jangan lupa untuk hadiri PBC akan datang pada 29-30 Mei 2010 di Brisdale Hotel ChowKit KL ini. Antara penceramah yang hadir adalah Herbalis PJ Haji Onn dari Kelang yang akan menyampaikan pengalaman beliau mengatasi masalah stok pada dirinya serta pembaharuan hidup beliau setelah membuka pusat rawatan HPA. Menarik..lekas daftar sekarang melalui blog ini!

Wednesday, April 28, 2010

PBC 24-25 April 2010

Pada 24-25 April 2010 bertempat di Brisdale Hotel Chowkit Kuala Lumpur diadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang kali ke-3 di bawah anjuran HPA Komuniti Wangsa Maju. Hampir 30 orang peserta berjaya menamatkan program yang sarat diisi dengan santapan jasmani dan rohani dimana setiap peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat berguna sebagai seorang muslim dalam aspek pemakanan seharian.







Seperti biasa modul-modul seperti Prolile Syarikat MLM Syariah,Halal Haram, Pelan Pemasaran, Gerakkerja 6M, dan Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan telah pun di huraikan oleh pemimpin HPA yang dijemput khas iaitu diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim, PJS Jamaludin Yeop Majlis (dari komuniti Rawang), PJS Zamri dan PJS Ustaz Ramizu yang didatangkan khas dari Kelantan.








Modul istimewa untuk PBC kali ini adalah segment Kongsi Pengalaman dan Demo yang disampaikan oleh Herbalist Ustaz Mohamad Radzi. Beliau menceritakan bagaimana beliau menghadapi masalah darah tinggi, kencing manis dan “carbuncle”. Rawatan yang beliau jalani dengan menggunakan produk herba HPA cukup mengagumkan tanpa menggunakan ubat kimia sekali pun!








Kejayaan penganjuran PBC kali ini turut dicabar agar PBC akan datang iaitu pada 29-30 Mei 2010 akan mencapai bilangan peserta yang tinggi. Justeru itu anda boleh mendaftarkan diri melalui blog ini sekarang!

Monday, March 15, 2010

Aktiviti Terdekat Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

Setelah penganjuran program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang pertama berjaya dilakukan oleh Komuniti HPA Wangsa Maju, kini tibalah PBC yang kali kedua yang bakal diadakan di Adamson Hotel Kuala Lumpur pada 27-28 March 2010.


Tema program PBC kali ini juga Melahirkan Usahawan Muslim Roh Islam yang juga bakal dihadiri oleh salah seorang ahli panel syariah HPA yang akan memberi penerangan pada modul halal haram.
Bayaran adalah RM160. Bengkel ini juga terbuka kepada orang awam. Jangan lepas kan peluang kerana pelbagai aktiviti santapan jasmani dan rohani akan diberikan kepada anda! Lihat kejayaan PBC yang sulong lepas.





Pada 20 March 2010 pula diadakan Kursus Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan bertempat di HPA Wangsa Maju. Disampaikan oleh penceramah terkemuka HPA iaitu Pengarah Jati Setia Abdullah Abdul Rahim. Bayaran RM50.


Pada 21 March pula diadakan Kursus Refelksologi yang turut di sampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Bayaran RM50.
Jika anda hadir kedua-dua kelas, bayaran hanya RM90.
Kelas termasuk bahan modul dan makanan.

Tuesday, March 2, 2010

PBC Anjuran Komuniti Wangsa Maju

Program Perkongian Bijak Cemerlang (PBC) HPA telah berjaya dilaksanakan di Anjung Rahmat Gombak Selangor pada 27-28 Febuari 2010. Seramai 39 peserta hadir bagi mengalami pengalaman 2hari satu malam program ini yang bertemakan Melahirkan Usahawan Muslim Roh Islam.

Penceramah jemputan dari Kuala Terengganu iaitu PJS Ustaz Ahmad Kamal Ali turut hadir membantu menyampaikan modul Halal Haram. Beliau memulakan penerangannya dengan menekankan bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w juga mengajar umat manusia tentang kepentingan memakan makanan yang halal lagi baik. Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan kandungan penyampaian beliau dimana maklumat semasa khususnya di tanah air akan scenario halal haram yang mencengkam umat Islam Malaysia masa kini.


Selain itu penceramah tempatan dari Kuala Lumpur iaitu PJS Abdullah Abdul Rahim dan PJS Ahmad Azam Jaapar turut bersama menjayakan PBC kali ini. Modul seperti Profile Syarikat, Dignosis Daraf Tapak Tangan, Kiamulai dan Product Knowledge disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Sementara itu PJS Ahmad Azam Jaapar menyampaikan modul untuk Pelan Pemasaran, Gerak Kerja 6M dan mengemudi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).



Ada juga slot iringan khas iaitu Malam Bintang-bintang di mana menjemput PJ Haji (Kpt. B) Mohamad Ismail untuk berkongsi pengalaman beliau menceburi perniagaan MLM Syariah ini. Manakala slot Perubatan Jawi di sampaikan oleh PJ Mohd Rezuan yang menyampaikan teknik kiropraktik iaitu pembetulan tulang belakang.



Setelah selesai persembahan kumpulan didalam slot LDK, penyampaian hadiah disampaikan oleh PJ Tn Haji Taufix merangkap pengerusi HPA Komuniti Wangsa Maju.





Bagi pertama kali penganjuran PBC di bawah kelolaan komuniti HPA Wangsa Maju, iainya sesuatu kejayaan yang besar walaupun adanya masalah penukaran tempat pada saat-saat akhir yang menyentap semangat pelaksana ahli komuniti HPA Wangsa Maju. Atas kejayaan ini maka, program penganjuran PBC ini akan sekali lagi diadakan pada 27 dan 28 March 2010 akan datang. Lekas tempat adalah terhad kepada 50 peserta. Sehingga kini sudah pun 12 peserta akan datang telah pun tempah kehadiran mereka. Bayaran sebanyak RM150.

Lebih membanggakan hasil dari PBC ini, rekod kehadiran di dalam kelas mingguan keesokan harinya (1 march ) di HPA Wangsa Maju amat menggalakkan. Syabas!
Blog Widget by LinkWithin