Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Monday, April 27, 2009

Pekongsian Bijak Cemerlang (PBC) Gerik, Perak

PBC merupakan program yang disusun oleh HPA melalui Pengarah Jati Setia (PJS) yang terpilih. Program ini disampaikan menerusi modul-modul yang disusun untuk 2 hari satu malam bertempat di hotel atau tempat penginapan yang ditetapkan. Antara modul-modul yang disediakan adalah

1. Mengenali Syarikat HPA dengan lebih jelas
2. Menpelajari asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Gerak kerja 6M dalam Perniagaan MLM
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui Latihan Dalam Kumpulan
6. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan
7. Qiamullail, Kuliah subuh
8. Senaman Pernafasan.

Menerusi PBC, pengedar-pengedar (peserta PBC) baru diberi tunjuk ajar bagaimana menjana jaringan perniagaan dan secara tidak langsung menjana pendapatan melalui penajaan. Secara teori nya peserta PBC di ajar untuk mencapai pendapatan 5 angka di dalam masa 5 bulan.

Kami menyertai PBC pada 21 Januari 2009 bertempat di Rumah Rehat Gerik Perak. Program PBC ini dianjurkan oleh ayahanda kami ,PJS Abdullah Abdul Rahim. Apabila menyertai PBC ini , maka pangkat pertama Pengurus Melati(PLX) akan kami perolehi tanpa melakukan penajaan atau melakukan pembelian terkumpul >1500 nilai mata. Justeru itu bonus meningkat kepada 20% dan ia terus kekal.
Pada 25-26hb April , kami juga telah menyertai sekali lagi PBC di tempat yang sama sebagai fasilitator atau pemantau. Ia sebenarnya usaha tidak langsung kami bersama-sama bergerak di bawah pimpinan ayahanda kami didalam membantu beliau memperjuangkan kerjaya beliau di HPA ini.

Kepada anda (bawa sekali pasangan suami-isteri) yang berminat menyertai PBC dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang HPA, halal-haram makanan semasa, atau ingin bertemu kami , hubungi PJS Abdullah Abdul Rahim ( mesra di kenali Pak Lah di kalangan warga HPA) di tel 0126849263.

Bagi kami, program seperti ini bagus kerana inilah mungkin pertama kali anda akan dapat melihat pasangan anda ( suami/isteri) bercakap di hadapan orang, menyerlahkan kemampuannya, dan seterusnya menghargai pasangan anda itu. Yelah salama ni walaupun kita duduk sebumbung sebenarnya anda mungkin kurang mengetahui potensi pasangan masing-masing.

Sebenarnya melalui HPA inilah, kami ibarat bekerjasama dalam satu kerjaya. Sebelum ini kami buat hal masing-masing kerana berlainan kerjaya , berlainan tempat kerja dan berlainan mimpi. Sebagai contohnya melalui blog ni, apabila isteri mendapat pelanggan dari Pulau Pinang yang ingin membeli ubat Madulia, dia bertindak sebagai PR ( Public Relationship). Manakala suami di belakang takbir (backend) seperti urusan pembungkusan, kewangan, dan update blog. Kami mendapatkan bantuan ayahanda kami untuk mendapatkan bekalan produk HPA ini. So kita suami isteri dan keluarga dapat berbincang dalam satu hal yang sama.

Akhir sekali, sertai lah HPA di bawah pimpinan (ayahanda kami) PJS Abdullah Abdul Rahim (Pak Lah) dan seterusnya menyertai program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Mudah je, buat macam ini,
1. Benci produk luar (yang meyalurkan sokongan kpd Yahudi, unsur-unsur mencurigakan-haram)
2. Beli produk tempatan iaitu produk HPA , sertailah HPA
3. Sertai PBC
4. Dapat bonus
5. Keluarga bahagia…

Anda bila lagi.?

Di sini kami cuba bawakan rentetan aktiviti yang berlaku semasa program PBC ini di Gerik ,Perak 25-26 April 2009. Sebanyak 35 peserta menghadiri.


25 April

Aturcara dimulakan dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan sesi perkenalan ( sesi ta’aruf)sesama penceramah, pemantau dan peserta PBC. Kemudian taklimat profil syarikat HPA di terangkan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Tahukah anda bahawa syarikat HPA sejak ditubuhkan dan sehingga kini tidak pernah buat pinjaman (loan) dari bank untuk membuat segala urusan perniaggan samaada membina modal,kilang dan pembangunan produk barunya. Ini lah dinamakan keberkatan apabila kita berniaga tanpa sokongan sistem riba.



Ini diikuti oleh PJS Abdul Yadi yang menerangkan Strategi Pemasaran Mencapai Lima Angka. Antara kandungan penyampaianya adalah tentang jenis-jenis bonus dan pangkat yang boleh di perolehi oleh ahli HPA. Paling menarik bagaimana menperloehi pendapatan sehingga RM26 000 dalam masa 5 bulan .


Pada sesi petang, PJS Abdullah Abdul Rahim sekali lagi mengambil tempat memberi ceramah tentang saraf tapak tangan. Tahukah anda keadaan fizikal tapak tangan kita ini dapat memberi tahu tahap kesihatan anda samaada anda menghidapi penyakit /masalah tertentu. Sebagai contohnya jika tapak tangan anda adanya bintik-bintik putih, anda mempunyai masalah angin dan darah tak seimbang di dalam badan. Maka bagaimana produk dan herba HPA ini dapat merawat masalah ini. Bagi wanita masalah sakit puan seperti aturan haid tidak atur juga boleh di kesan.


Ini diikuti slot seterusnya iaitu pengetahuan produk dan testimoni yang dihuraikan oleh PLX Siti Aisyah Abdullah tentang rawatan resdung, dan PLX Siti Hajar Abdullah tentang produk Kopi Radix. Sudah tentu PLX Siti Hajar menghuraikan bagaimana Kopi Radix ini dapat menambahkan air susu ibu.



Penerangan tentang Gerak Kerja 6M di terangkan oleh PJS Abdul Yadi sebelum penutup diakhiri dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Sesi malam dimulai dengan slot Malam Bintang –Bintang yang di sampaikan oleh PJX Siti Syarah Abdullah dan PLX Mohd Nazrin. Bagi PLX Mohd Nazrin, tajuk persembahan adalah “Bagaimana Internet digunakan untuk menyampaikan promosi HPA”. Ini seperti mana anda melihat blog inilah.



Akhir sekali sebelum penutup aktiviti , PJS Abdullah Abdul Rahim menyampaikan satu tajuk yang begitu penting bagi umat Islam kini iaitu “Halal Haram”. Tahukah anda berapa banyakkah produk diparasan sebenarnya tidak halal dan meragukan yang mengamcam umat islam kini? Adakah halal sesuatu produk itu hanya bersandarkan sijil Halal semata-mata? Tahukah anda kebanyakkan produk kegunaan harian telah mengaburkan mata kita dengan hanya melabelkan nama Melayu pada produk mereka tetapi siapa pengarah syarikat tersebut? Adakah dia tahu tentang halal haram? Segala pembongkaran akan terjawab.

26 April

Inilah yang membezakan syarikat HPA ini dengan khusus yang dianjurkan oleh syarikat MLM yang lain, iaitu adanya Kiamulai, Solat subuh berjemaah dan Kuliah subuh.Dan yang menariknya kuliah subuh ini disampaikan oleh salah seorang peserta PBC itu sendiri, iaitu saudara Mohd Israq yang juga diangkat sebagai peserta terbaik PBC kali ini.

Sesudah kuliah subuh, para peserta PBC di segarkan dengan aktiviti senaman pernafasan yang dipimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Jangan ingat hadiri PBC ini hanya duduk di dewan sahaja, tetapi penuh dengan aktiviti yang jarang anda lakukan di luar sana.



Aktiviti luar seterusnya dalah slot Gempur Radix iaitu perserta di bekalkan sekotak kopi radix dan ubat gigi herba untuk pergi berjuang. Berjuang dengan kata lain, peserta perlu face to face dengan orang ramai untuk menjual produk tersebut dalam masa satu jam. Sasaran pelanggan di sekitar bandar Gerik. Di sinilah kemampuan peserta diuji sepenuhnya. Percayalah , para peserta PBC yang malu-malu pun boleh berani berhapan dengan orang asing (potential customer)di jalanan.
Peserta kemudiannya akan berebut-rebut memperceritakan pengalaman masing-masing setelah Gempur Radix telah tamat. Terpancar kepuasan peserta PBC dapat menjual produk tersebut.



Slot yang berikutnya adalah EAGLE yang di sampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim sebelum aktiviti LDK yang kedua. LDK ini yang menarik di mana peserta akan pamirkan kemampuan berlakun dan bercakap di hapadan peserta yang lain. Ini lah slot yang mana anda boleh melihat isteri/suami/anak berlakun yang selama ini anda sendiri tidak ketahui. Hikmahnya anda akan lebih menghargai pasangan anda itu.





Sesi petang adalah sesi penutup dengan penyampaian hadiah dan saguhati kepada kumpulan dan peserta terbaik. Hadiah yang diberi tetap produk HPA bukan hamper ye.



Akhir sekali upacara penutup yang unik dengan takzkirah keinsafan yang di pimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim.



So ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa bagi menganjurkan Program Perkongsian Bijak (PBC) Komuniti HPA Grik, Perak, bertempat di Rumah Rehat Gerik di bawah kepimpinan Saudara Mohamed Hasbullah b Asli.Secara jujur PBC ini bukan sahaja untuk memperolehi pangkat PLX tetapi ilmu , pengalaman dan nilai kekeluargaan yang tidak diperolehi di luar sana. Sertailah PBC di bawah pimpinan PJS Abdullah Abdul Rahim yang akan datang , di jangka 23-24 mei 2009(tertakluk kepada perubahan). Jumpa anda disana ya!.

4 comments:

Anonymous said...

salam, dekat jb bila ek?

Nizam Aris said...

Alangkh bestnya jika produk ini dapat menembusi ke pasaran Mesir, sememangnya kami masyarakat yang mencintai makanan yang halal dan yang jauh dari unsur syubhat, selain HPA dapat memperluaskan produk pasaran Islam ke timur tengah.

"Makanan yang halal ada keberkatannya, memberi kebaikan kepada tubuh dan kehidupan".

adibakhtiar said...

sy pun berminat dgn HPA ni....pernah dgr yg HPA ni ada restoran makanan segera cam KFC, tapi kat area lembah kelang takde...bila nak ada nye? kalo ada wa mesti cuba ayam HPA nie...

kopi radix jer yg senang dpt...
he..he...

Mohd Nazrin bin Mohd Yassin , Siti Hajar Abdullah said...

AdiBakhtiar,

Menurut web site http://hpa.com.my/rfc/

Cawangan-Cawangan lain yang dijangka dibuka.
1. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
2. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
3. Cawangan Ipoh (awal april)
4. Cawangan Kulim (awal april)
5. Cawangan PJ (awal mei)
6. Cawangan Bangi (awal april)
7. Cawangan Kluang (awal mei)
8. Cawangan Kuantan (awal mei)
9. Cawangan Kelantan (awal april)
10. Cawangan Kangar (hujung march)

Kami pun belum lagi rasa RFC, cume buat ayam goreng sendiri guna ayam organik HPA dan tepung Herba RFC HPA...

Adibakhtiar, tak kan mimum Kopi Radix je kot...macam-mcam HPA ada..

Blog Widget by LinkWithin