Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Tuesday, March 24, 2009

Ayam Cucuk Versi Harian Metro

Article ini adalah susulan dari pada post kami yang lalu tentang ayam cucuk melalui buletin utama, tv3. Berikut pula adalah article yang kami perolehi daripada harian metro. link di artikel sini. (Rasanya sekarang link ini tak valid lagi). Maka kami kongsi bersama-sama artikle ini supaya dijadikan panduan...

Ayam cucuk
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my




SHAH ALAM: Halalkah ayam yang anda makan? Persoalan itu mungkin menjadi tanda tanya apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini, awal pagi semalam menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.

Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Dalam operasi jam 3.30 pagi semalam dan berakhir tiga jam kemudian itu membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.
“Ada ayam itu cuma dicucuk lehernya dan ada juga yang disembelih tidak mengikut hukum syarak.
“Selain itu, pemeriksaan juga mendapati pusat penyembelihan ini juga turut mencampur aduk ayam yang hendak dijual kepada orang bukan Islam sekali gus menyebabkan ia tidak halal,” katanya di sini, semalam.

Malah, beberapa tin kosong minuman keras turut ditemui di sekitar premis terbabit.

Difahamkan pusat penyembelihan itu mendapat bimbingan daripada Jakim mengenai cara penyembelihan yang betul.

Mohd Hidayat berkata, operasi besar-besaran itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada pengguna yang curiga dengan status ayam yang dibeli sebelum membuat risikan dan menyerbu pusat penyembelihan ayam terbabit.

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan makanan yang dimakan orang Islam dan pusat penyembelihan terbabit diarahkan ditutup serta-merta.

“Semua ayam itu dirampas bagi membolehkan kami melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Enekmen Syariah 10 (a) iaitu perbuatan menyebabkan Islam dipandang hina.

“Kami juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini supaya menghubungi Jais untuk tindakan lanjut,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

salam..pelik kan org islam sanggup buat macam ni..

Blog Widget by LinkWithin