Monday, August 3, 2009
Bagaimana Bonus Terhasil
Alhamdulliah, kami sekali lagi mendapat bonus daripada HPA. Post kali ini, kami nyatakan bagaimana pengiraan bonus ini berlaku. Pelan pemasaran yang ditetapkan oleh HPA ini begitu telus tanpa penindasan.
Bagi bulan Julai, jumlah bonus kami adalah RM 134.92 untuk suami dan RM 62.20 untuk isteri. Kali ini marilah kita lihat bagaimana RM 134.92 ini terhasil bagi rangkaian suami.
Rajah 1 menunjukkan jaringan suami sebagai Pengurus Meranti (RPX) dimana ada sekurang-kurangnya 3 Pengurus Melati (PRX) di bawahnya.
Bagi seseorang Pengurus Meranti terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis bonus iaitu Bonus Prestasi Peribadi (BPP), Bonus Kemajuan Jaringan (BKJ) dan Bonus Generasi Pangkat (BGP).
Mari lihat Bonus Prestasi Peribadi (BPP) terlebih dahulu. Cara pengiraan BPP adalah jumlah nilai mata rangkaian di darapkan dengan % pangkat, kemudian ditolak dengan jumlah nilai mata (NM) jaringan dibawahnya. Sebagai contohnya jumlah rangkaian untuk suami adalah 963 dengan pangkat 23%. Manakala jumlah nilai mata jaringan dibawah pula adalah 147.90.
Maka BPP=(%pangkat)(NM rangkaian)-(jumlah bonus jaringan bawah)
=(0.23)(963)-(147.90)
=73.59
Bonus kedua adalah Bonus Kemajuan Jaringan (BKJ). Bonus ini diberikan sebanyak 6% dari NM syarikat berdasarkan kadar nilai yang diperolehi oleh pengedar.
Dimana BKJ={(NM anda)(0.06)(NM Syarikat)}/Kadar nilai negara
={(842 )(0.06)(48Juta*)}/(111.2 juta*)
≈21.1 *Anggaran kasar
Bonus yang ketiga adalah Bonus Generasi Pangkat (BGP). Sturktur bagaimana bonus ini terbentuk boleh didapati di dalam buku pelan pemasaran di dalam kit niaga HPA.
Pengiraaan seperti berikut
Jadi jumlahnya adalah 40.18
Maka jumlah keseluruhan bonus adalah = 73.59+21.1+40.18=134.92
Apa yang kami cuba sampaikan disebalik ini adalah kami mengamalkan konsep amal di atas produk HPA ini. Bonus akan datang kemudian. Ramai yang beranggapan menyertai MLM adalah kene/terpaksa jual. Selain itu ada juga beraggapan menyertai MLM ini membolehkan seseorang itu menjadi cepat kaya. Jika ada orang diluar sana menghampiri anda untuk mengesorkan menyertai HPA ini untuk mendapat wang semata-mata dalam jangka masa yang singkat. Ahh..lebih baik lupakan sahaja. Sesungguhnya HPA ini menjalankan perniagaan MLM yang berasaskan Syariah Islam. Seperti mana ucapan dan harapan pengarah urusan Tn Haji Ismail pada KONVEK09, beliau ingin melihat tiada satupun rumah orang islam di Malaysia ini tiada mengunakan produk HPA !
Azam dan seruan kami selepas ini adalah untuk mengajak seberapa banyak umat islam di Malaysia menyertai rangkaian kami ini yang begitu aktif bergerak melalui program ceramah, PBC dan rawatan/nasihat di bawah Pengarah Jati Setia Abdullah Abdul Rahim.
Insyallah mengapai Pengarah Jati merupakan langkah seterusnya seperti rajah dibawah. Pastikan anda berada di salah satu jaringan ini! Ayuh sertai HPA dan amalkan produk HPA di dalam kehidupan kita seharian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Saya sekadar ingin bertanya. Saya pernah melihat PV bagi produk HPA. Bagaimana nilai PV ini? Apakah penilaiannya? Mengikut penerangan saudara adakah NM sama dengan PV? Bagi 1 PV bersamaan dengan berapa ringgit?
Post a Comment