Monday, April 13, 2009
Terima Kasih
Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tetamu di majlis ulang tahun E'izz Eiymann Nazrin ke-2 tahun pada 14 hb April yang lalu. Terima kasih juga kepada mereka yang tidak berkesempatan namun tetap menghantar ucapan atau hadiah sebagai tanda hati.
Walaupun hujan agak lebat pada hari tersebut, kemeriahan majlis dimulai dengan bacaan doa yang di pimpin oleh ayahanda kami, PJS Abdullah Abdul Rahim. Tetamu kemudian dijemput untuk menikmati juadah yang special yang kami buat khas untuk tetamu. Antara menu adalah Satay Ayam Organik HPA, Nasi ayam dengan menggunakan Ayam Organik HPA, air minuman Radix (Orange & Sarsi)dan buah-buahan sebagai pembasuh mulut.Kepada tetamu yang datang sponsor beberapa makanan, kami ucapkan terima kasih.
Tetamu dihiburkan oleh badut ynag dibawa khas untuk menghiburkan kanak-kanak yang hadir dengan balon buatan tangan. Sayangnya kami bercadang ingin membuat game, tetapi cuaca kurang mengizinkan.
Bagi memastikan tetamu sentiasa mengingati majlis kami, tetamu diberi sedikit buat tangan dengan beg berisi minuman Roselle, Cereal Radix dan Chocolate Cookies Radix iaitu produk HPA.
Gambar-gambar ini adalah koleksi peribadi sahaja, maaf jika kurang cantik. Tunggulah apabila gambar dari official photographers dari kami siap, akan kami uploadkan.
Sekali lagi kami memohom maaf jika ada terdapat sebarang kekurangan yang kami sediakan atau kurang disedari oleh kami. Kepada tetamu yang kini kurang sihat kerana dibasahi hujan pada majlis kami, kami bersimpati. E'izz Eiymann Nazrin pun batuk-batuk, Insyaalah Madulia (ubat batuk HPA) dapat digunakan mengubati batuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lawa nya kak cuppies ngn kek tu.......................nyum2....
hi ecar..,cantik nyer kek..,cam sayang jer nak potong and makan kan..?
btw..camner leh letak muka eiyman tuu..,kek yg ader pic muka eiymann tu leh makan tak..?
sekali lagi..,cantik and cute sangat2...
Post a Comment