Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Friday, July 31, 2009

Ole-ole dari KONVEK09



Ketika berada di gerai jualan semasa KONVEK09, sempat jugalah membeli beberapa buah tangan yang boleh di bawa pulang, terutama koleksi produk yang tidak di dapati di kawasan lembah kelang ini. Antaranya adalah perencah/kuah yang digunakan diantara masakan di restoran RADIX ORIENTAL CUISINE (ROC). Kami pun tak tahu nama sebenar kuah ini. (Sesiapa tahu sila berikan komen nanti ye). Ia berperisa Oren.




Kami gunakan untuk kuah bagi masakan ayam goreng berikut. Gunakan ayam organik HPA dan gorengkan ia bersama-sama tepung Herba RFC.

Selesai goreng, hanya tuangkan kuah tersebut.






Rasanya masam-masam manis dan ada kalanya terasa pedas di kunyahan terakhir. Sedap dan amat menyelerakan....

Saturday, July 25, 2009

KONVEK 09



Tahniah HPA kerana berjaya menganjurkan KONVEK09 yang bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang Selangor pada 25 Julai 2009. Majlis KONVEK09 ini menghimpunkan ribuan pendokong HPA dari seluruh Malaysia serta perwakilan dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

KONVEK09 telah menyaksikan 12 tahun pejuang HPA dalam menjalankan sebuah perniagaan berasaskan Multi-Level Marketing Syariah (MLMS). Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd. Berikut sebahagian ucapan beliau..



Syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada penerima anugerah pada kali ini khususnya kepada ayahanda kami iaitu PJS Abdullah Abdul Rahim di atas anugerah Insentif Khas di mana ditawarkan pakej percutian ke Jakarta atau Bandung dan wang tunai RM1700.



Melalui majlis Konvek ini dapatlah pejuang HPA bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan silatulrahim antara yang jauh di mata dekat di hati. Kepada En Fauzi dari Pahang, maaf tidak berkesempatan berjumpa.

Akhir kata, semoga suatu hari nanti kami pula dapat merasai anugerah yang disediakan.



Monday, July 20, 2009

Program Bijak Cemerlang (PBC) ke-4 Gerik Perak

Pada 18 dan 19 July 2009 bertempat di Rumah Rehat Gerik Perak di adakan Program Perkongsian Bijak Cermerlang (PBC) yang kali ke-4 di adakan oleh komuniti HPA cawangan Gerik yang diterujui oleh Saudara Mohamad Hasbullah. Seramai 33 orang peserta hadir dengan azam berkobar-kobar menjalani kesemua program yang telah diaturkan sepanjang 2hari satu malam yang penuh bermakna bagi mereka.




Program kali ini digerakkan oleh para pemimpin dan pemantau yang terdiri daripada PJS Abdullah Abdul Rahim, Pengerusi Komuniti Gerik Saudara Mohamed Hasbullah, Timbalan Pengerusi Cikgu Mina, pendokong dari KPU yang terdiri daripada PJE Ariffin, Saudara Farid dan Saudara Mohd Rizuan berserta isteri.

Acara utama pada pagi 18 july dimulakan dengan pengenalan Profil Syarikat HPA oleh PJS Abdullah Abdul Rahim.






Kemudian penerangan tentang bagaimana pemasan mencapai 5 angka di sampaikan oleh PJE Ariffin.







Setelah selesai makan tengah hari, acara dimulakan dengan sesi demonstrasi teknik bekam oleh sepasang suami isteri dari KPA, iaitu PJ Mohd Redzuan (32) dan Isteri PJ Farizan Kamaruddin. (contoh bagaimana suami isteri juga boleh bergerak bersama di dalam HPA). Mereka telah dengan sendiri mengambil inisiatif belajar secara langsung dari Tuan Haji Ismail.





Slot malam dimulakan dengan slot malam bintang-bintang yang disampaikan oleh saudara Mohd Nazrin yang bercakap tentang pendekatan internet/blog dalam penyebaran promosi HPA ini. Kemudian disusuli dengan PJS Abdullah Abdul Rahim tentang sejarah penglibatan beliau didalam HPA ini sepenuh masa, pahit-manis didalam HPA, cabaran serta penghargaan yang diterimanya. Sebelum program hari pertama di tamatkan, saudara mohd Farid Halim menyampaikan maklumat bermanfaat tentang tajuk halal haram tanggungjawab bersama.

Keberkatan program pada hari kedua dimulakan dengan program kiamulai bermula jam 430 pagi. Kemudian kuliah subuh disampaikan oleh saudara Mohd Izraq yang menbawa penerangan dari surah AL-Humazah. Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.



Setelah selesai kuliah subuh, aktiviti luar dewan adalah asas senaman pernafasan yang dipimpin oleh PJS Andullah Abdul Rahim.







Slot pagi pada hari kedua bermula dengan slot EAGLE yang disampaikan oleh timbalan pengerusi komuniti HPA gerik, iaitu Saudara Maksalmina Hassan atau dengan mesra dikenali sebagai Cikgu Mina. Beliau menguraikan bagaimana seekor helang menganalisa situasi, bersedia, bertindak dan mengapai sasaran dengan penuh sistematik. Bagi menpraktikan teori yang telah disampaikan, para peserta PBC kini bersedia untuk ‘berjuang’ dengan bebekalkan ‘senjata’ iaitu sekotak Kopi Radix dan sekotak Ubat gigi Herba di dalam satu jam perjuangan di sekitar pekan Gerik. Pelbagai peristiwa dan pengalaman dapat disampikan bersama-sama. Lihatlah paparan peserta terbaik kali ini.



Sesi petang para perserta PBC mengadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan matlamat peserta bekerjasama untuk menarik minat orang awam menyertai HPA dan program PBC akan datang di dalam bentuk lakonan di hadapan pentas. Pelbagai aksi gelak ketawa dapat di kongsi bersama.



Penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik , dan peserta PBC terbaik di sampaikan oleh Pengerusi , Saudara Hasbullah.



Sebelum program ditamatkan, para peserta diinsafkan dan diingatkan tentang pengorbanan ibubapa di dalam bentuk audio yang menyentuh rohani para peserta.



Tahiah kepada penganjur program PBC kali ke-4 terutamanya komuniti HPA cawangan Gerik di bawah pimpinan Saudara Hasbullah, timbalannya Saudara Cikgu Mina, S/U Pn Ziamah serta pemantau dari KPU seperti PJS Ariffin, Mohd Rezuan serta isteri, dan mohd Farid.
Inyallah apabila tamatnya PBC kali ini, maka lahirlah seorang PJ dari kalangan ahli HPA Gerik ini iaitu kepada saudara Hasbullah. Tahniah.!

Friday, July 3, 2009

Bermadulah dengan Madu Radix


Bukan cerita Madu3 tetapi Madu Radix...

Radix sinomim dengan HPA terutama kopi Radix kini diiktiraf sebagai kopi campuran yang disegani dan terlaris di Malaysia ( Saya percaya). HPA juga mengeluarkan produk Herba Radix yang didatangi dalam bentuk kapsul. Gambarajah di bawah menerangkan produk Herba Radix yang di ambil dari Kit Niaga HPA.


Namun ada dikalangan kita sukar menerima produk herba dalam bentuk kapsul kerana rasa macam ambil ubat konvensional seterusnya mendedahkan pengambil itu seolah-olah sedang sakit. Namun, kini HPA telah pun mengeluarkan senergi Radix ini bersama-sama dengan Madu, yang di kenali sebagai Madu Radix.

Maka dengan pengambilan Madu Radix ini, pengguna dapat menerima khasiat Radix dan khasiat Madu sekali gus. Sebagai contohnya, saya pun rasa agak malas nak telan kapsul Radix, setelah softgel Omega-3 pun saya sudah ambil. Jadi saya masih boleh ambil khasiat Radix ini dalam bentuk cecair.


Petang jumaat ni, saya buat bubur kacang durian, (saya buat sendiri tau bukan isteri), bagi menambahkan kelazatan bubur ini, saya tambahkan Madu Radix ini setelah bubur sudah sedia dijamah. Memang sedap beb..Cubalah.


Sambil-sambil menikmati bubur kacang durian ini, teringat pula Konvek’09 yang akan datang pada 25 July ini di Tapak Malaysia Agro Exposition Park(MAEPS), Serdang . Dapatkan segera tiket kemasukan (jika masih ada) pada wakil PJS anda. Pada Konvek’07 di Putrajaya yang lalu, ayahanda kami PJS Abdullah Abdull Rahim di anugerahkan Projector LCD bernilai >RM2 ribu. Insyallah mungkin kali ini ayahanda kami dapat kereta kot.


Apa-apa pun tak sabar ke sana nanti, bukan sahaja mengikuti program yang diaturkan tetapi berjumpa dengan rakan-rakan HPA diseluruh Negara. Ok jumpa kita di sana ya!
Blog Widget by LinkWithin