Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Monday, February 16, 2009

Spirulina

Berikut adalah sebahagian artikel (tulisan italic )yang saya perolehi dari berita harian, ruangan ratu. Hari Isnin 16 Feb 2009. Artikel ini mengenai kebaikkan spirulina. Kemudian saya tambahkan maklumat yang perolehi tentang spirulina dari HPA. Selamat Membaca.

Manfaat spirulina untuk kesihatan


SPIRULINA dikategorikan sebagai tumbuhan alga yang berwarna hijau kebiruan. Ia adalah suplemen yang popular di Jepun dan dipasarkan sebagai nutrisi tambahan di Amerika Syarikat. Perubahan cara pemakanan dan gaya hidup moden mungkin mendorong kebanyakan kita atau masyarakat moden amnya yang perlukan sokongan makanan tambahan untuk melengkapkan keperluan tubuh.

Pemakanan kita hari ini selalunya mengikut selera makan, manakala pengaruh iklan juga turut memberi sumbangan yang besar dalam menentukan pilihan makanan. Kesannya, ramai yang mengambil makanan segera dan makanan sedia proses yang tinggi dengan lemak, karbohidrat dan gula serta kurang sayuran semula jadi dan fiber.

Makanan sebegini akan meningkatkan berat badan, meningkatkan paras kolesterol, menjejaskan sistem pencernaan dan seterusnya membawa kepada masalah kesihatan pada masa akan datang.



Spirulina organik dikenali sebagai makanan lengkap kerana ia mengandungi hampir semua jenis nutrien. Ia juga kaya dengan sumber protein yang senang dicernakan, selain mengandungi klorofil, karotenoid, mineral, asid gama linolenik (GLA) dan pigmen tumbuhan yang unik.

Protein diperlukan untuk membina dan membaiki otot dan tisu. Ia juga digunakan sebagai sumber tenaga ketika latihan atau senaman yang memerlukan daya ketahanan. GLA penting untuk pelbagai jenis masalah kesihatan seperti ekzema atopik, sensitiviti hormon dan masalah inflamasi.

Spirulina organik mengandungi vitamin dan mineral yang bermanfaat seperti vitamin B dan mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium yang penting untuk metabolisme tenaga, fungsi aktiviti enzim yang normal, kesihatan sistem saraf serta pengecutan dan pengenduran otot untuk mengekalkan fungsi yang normal.

Siapakah yang memperoleh manfaat daripada pengambilan organik spirulina? Spirulina sesuai untuk warga tua yang biasanya tidak dapat menyerap dan mengguna sepenuhnya nutrien penting dalam makanan. Spirulina dengan sel dinding yang lembut, lebih mudah dicerna, membolehkan kandungan nutriennya diserap dan digunakan oleh badan.

Spirulina kaya dengan sumber protein. Oleh itu, ia juga sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan juga orang dewasa untuk bekalan tenaga.

Untuk mereka yang ingin menjaga berat badan, spirulina yang rendah lemak, kalori dan tanpa kolesterol sesuai digunakan untuk mengawal berat badan secara semula jadi. Di samping itu, kandungan klorofilnya yang tinggi pula membantu menyahtoksik.

Spirulina juga membantu menampung keperluan mineral penting seperti magnesium, kromium dan vitamin B12 dan mungkin juga bermanfaat untuk membantu memperbaiki penggunaan glukosa di kalangan pesakit diabetes.

Di samping itu, spirulina membantu membekalkan zat besi, magnesium dan mineral mikro kepada mereka yang mengalami yang kekurangan zat besi.

Untuk pelajar atau individu yang sibuk bekerja, mereka biasanya kurang mendapat hidangan makanan yang berkhasiat. Memandangkan spirulina juga kaya dengan vitamin B termasuk tiamin dan riboflavin yang diperlukan untuk metabolisme karbohidrat dan lemak untuk menghasilkan tenaga. Oleh itu, spirulina adalah sangat sesuai untuk membekalkan tenaga dan nutrien penting di saat tubuh memerlukan prestasi yang optimum .

Vegetarian berkecenderungan mengalami kekurangan zat besi, kalsium, vitamin B12, zink dan protein. Dengan itu, pengambilan spirulina akan membantu membekalkan nutrien yang lebih menyeluruh.

Spirulina juga membekalkan tenaga berpanjangan untuk golongan atlit yang inginkan daya ketahanan yang tinggi kerana spirulina mengandungi asid amino yang juga diperlukan untuk membaik pulih tisu selepas senaman.

Untuk mereka yang sedang pulih daripada pembedahan ataupun kecederaan. Spirulina membantu memperbaiki sel dan dan mungkin memberi faedah kepada proses pemulihan.



Spirulina dari HPA
HPA juga tidak ketinggalan mengeluarkan produk spirulina dalam bentuk kapsul. Apa yang menarik tentang spirulina, ia diternak dan dibiakkan sendiri di kolam HPA di Perlis! Mungkin ada di kalangan anda pertama kali mendengar spirulina di ternak sendiri. Ini kerana HPA menjaga kesucian sumber spirulina ini bukannya mengimportnya dari sumber luar.

Antara kebaikkan yang ada pada spirulina dari HPA ini adalah

1. Meningkatkan aktiviti anti-virus

2. Menurunkan kadar kolesterol

3. Menurunkan risiko serangan kanser

4. Meningkatkan daya tubuh badan

5. Mengurangkan keracunan pada ginjal

6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus

7. Mempercepatkan penyembuhan luka

8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral

9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.


Saya ada mengunakan produk Spirumadu keluaran HPA. Lihat pada namanya ia merupakan gabungan spirulina dengan madu. Cuba anda bayangkan berapa kali gandakah khasiat yang akan diperolehi apabila spirulina dan madu di ambil bersama?

Jadi ingin mengetahu lebih lanjut apakah khasiat yang tersimpan di dalam produk Spirulina atau lebih khusus lagi produk Spirumadu, lihat lah poster di bawah. Selamat mencuba dan dapatkan Spirumadu anda sekarang!











No comments:

Blog Widget by LinkWithin