Kali ini kami mencadangkan sebuah buku lagi yang menarik untuk dibaca setelah sebelum ini kami mengesorkan buku bertajuk Halal Haram. Buku yang dimaksudkan kali ini adalah Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains yang ditulis oleh 3 orang penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Edisi cetakan kedua 2009.
Setelah kami menbaca buku ini, ia secara ringkasnya merupakan hasil kajian secara saintifik bagi mengetahui kesan solat terhadap kesihatan fizikal dan mental pengamalnya, termasuklah kesan terhadap komposisi badan, sistem kardiovaskular , sakit pinggang, isyarat otak, otot dan disfungsi ereksi. Ehm.. rasanya tajuk buku ini mungkin boleh di perbaiki lagi ..
Salah satu kajian mereka yang menarik perhatian kami adalah kesan kadar denyutan jantung yang diketuai oleh Dr Fatimah Ibrahim. Beliau mendapati bahawa kadar denyutan jantung berubah mengikut posisi solat seperti berdiri, rukuk, sujud dan tahyihat. Di samping itu kadar denyutan jantung ketika berbaring/rehat turut diambil sebagai rujukan. Hasil kajian diperolehi bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika sujud! Maka seseorang yang bersolat digalakkan memanjangkan tempoh sujudnya. Ini kerana juga kadar denyutan jantung berkait rapat dengan perubahan tekanan darah.
Sepertimana yang disuruh oleh Islam , bahawa posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Jika seseorang itu menghadapi masalah tekanan darah amat tinggi digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. Ironinya terdapat hadith Rasulullah s.a.w mengenai sujud iaitu
Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu ia sujud, oleh itu perbanyakkanlah doa ketika itu
Banyak lagi kajian saintifik mengenai kesan solat terdapat kesihatan pengamalnya yang dihuraikan melalui buku ini. Antaranya
• Kajian kesan pergerakan solat ke atas wanita yang mengalami sakit pinggang.
• Kajian perubahan isyarat otak semasa tamakniah
• Kebaikkan solat terawih and puasa terhadap komposisi badan
• Kesan rukuk 90 darjah
• Keadaan jari kaki ketika sujud dan duduk semasa tahiyat
• Kajian aktiviti otot semasa melakukan pergerakkan solat
Oleh kerana menghormati hak cipta penerbit buku, kami tidak dapat menunjukkan sebarang gambar/ hasil kajian tertera di dalam buku menerusi blog ini. Walaubagaimanapun dari permerhatian kami, buku ini disusun dengan mudah bahasanya dan segala gambarajah/ilustrasi adalah berwarna. Justeru itu tidaklah rugi memiliki buku ini yang hanya berharga RM29.90.
Maka tidak hairanlah hubungkait solat dengan kesihatan pengamalnya juga menjadi salah satu modul di dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) menerusi solat berjemaah dan kiamulai.
No comments:
Post a Comment