Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Tuesday, September 15, 2009

Sambutan Hangat di Terengganu



Pada 11-12 September 2009, diadakan kursus diagnos saraf tapak tangan dan kursus refleksologi tapak kaki yang bertempat di cawangan HPA Kuala Terengganu. Khusus ini dianjurkan oleh kelab pimpinan HPA Kuala Terengganu yang di dokong oleh PJS Che Mat Shukri, PJE Aminuddin, dan Saudara Abdul Hadi. Penceramah utama yang dijemput khas dari Kuala Lumpur iaitu PJS Abdullah Abdul Rahim (PakLah) selamat sampai ke Kuala Terengganu pada pagi Jumaat (11 Sept) dari Kuala Lumpur yang turut ditemani oleh isteri beliau Pn Habsah, Saudari Mardiana dan saya sendiri, Mohd Nazrin.



Seramai 40 peserta menyertai kursus selama dua hari didalam semangat bulan Ramadhan yang berkat ini. Acara dimulakan dengan ucapan PJS Che Mat Shukri yang menyarankan para peserta mengamal keberkatan di bulan Ramadhan ini dengan memastikan makanan yang di ambil adalah bebas dari unsur-unsur yang meragui agar kemuliaan ibadat umat terpelihara.

Kemudian majlis dipimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim dengan pengenalan ucapan, konsep sistem jemaah, dan kelebihan selawat Syifa di terangkan. Selain itu pemahaman tentang psikologi pesakit turut dihuraikan. Di ketahui bahawa analisis tapak tangan ini “The sign of hand” sebenarnya telah digunakan oleh bangsa Yunani, di mana saraf tapak tangan ini menyumbangkan 3-5% peringkat awal penyakit boleh dikesan. Sebagai contoh mudah, tapak tangan berwarna kekuningan merujuk pesakit mengalami masalah hati dan tapak tangan pucat adalah kekuruangan darah di dalam badan.



Antara ilmu yang diturunkan oleh penceramah adalah mengesan masalah usus, dimana di sinilah puncanya penyakit bermula, masalah toksid, saraf imuniti, jantung, buah pinggang , tulang belakang dan beberapa penyakit yang menbelenggu masyarakat kita hari ini akibat pengambilan makanan yang tidak memenuhi tuntutan masyarakat muslim yang sebenarnya.

Antara masalah yang menarik perhatian peserta adalah bagaimana jari kelingking dapat mengetahui masalah wanita, seperti ketulan di dalam rahim, masalah prostat lelaki, status peranakan dan masalah kesuburan. Tambahan kepada kursus diagnos saraf tapak tangan, penceramah juga menerangkan serba sedikit rawatan menggunakan kaedah hijamah seperti menggeluarkan darah haid tidak teratur hanya dengan menggunakan jari pesakit sahaja. Rawatan menggunakan kaedah Kiropraktik secara ringkas juga di demokan.





Setelah kita mengetahui tentang penyakit yang di alami oleh pesakit, makan produk-produk herba HPA turut dinyatakan. Sebagai contohnya lelaki wajar mengamalkan Malac, D’Deu, Madu dan banyakkan minim air bagi merawat dan mencuci buah pinggang.

Kursus pada hari pertama berakhir jam 5 petang. Kami kemudiannya dibawa pula ke Masjid Kampung Batin, Seberang Takir untuk majlis berbuka puasa bersama-sama dengan penduduk tempatan.Kami ditemani oleh PJS Che Mat Shukri. Setelah solat magrib,jadual kami tidak berhenti setakat ini sahaja, kami di bawa ke Surau Kampung Paloh Haji Daud untuk melaksanakan solat tarawih. PJS Abdullah Abdul Rahim dijemput untuk meyampaikan tazkirah yang bertajuk Halam Haram kepada ahli jemaah sesudah solat tarawih .





Perasmian majlis pada hari kedua pula dirasmikan oleh PJS Ustaz Mohd Kamal Ali. Hari kedua menyaksikan kesemua para peserta diajar untuk melakukan rawatan urutan refleksologi tapak kaki. Sebelum ini konsep Kalimah Tauhid (Syahadah) di terangkan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim sebagai pengenalan pagi tersebut. Hampir keseluruhan hari kedua diisi dengan memparktikan teknik urutan menggunakan minyak but-but kepada kaki peserta. Peserta wanita di bantu oleh Pn Habsah dan Saudari Mardiana di bilik berasingan.





Antara teknik di paktikan adalah menbaca surah Al-fatihah, ayat Kursi , berzikir dan mengira denyudan nadi sebelum urutan di jalankan. Bahagian-bahagian anggota badan seperti saraf tengkuk, otak, belikat, dada, pinggang, angin, dan beberapa lagi di tunjukkan pada bahagian tertentu di tapak kaki. Ini bermaksud jika pesakit rasa sakit urat belikat atau sengal-sengal di badan, maka urutan hanya dilakukan pada saraf tapak kaki tersebut bukan nya mengurut di badan.







Di akhir kursus, para peserta di beri sijil penghargaan dan majlis penutup yang berakhir jam 5 petang.

Pada 13 September, kami dijemput pula bermalam di rumah salah seorang peserta kursus iaitu Saudara Wan Mohd Abzal. Beliau juga merupakan Herbalis HPA. Kesempatan ini juga kami luangkan berjemaah di Surau Durian Berguling bagi menyempurkan solat tarawih disamping dengan tazkirah awal dan akhir Ramadhan serta kuliah subuh pada keesokkan harinya yang disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim.Antara aktiviti yang kami isi pada seharian adalah mengadakan penerangan, khidmat nasihat kesihatan dan rawatan kepada penduduk setempat di sekitar Kampong Durian Berguling.



Kami selamat sampai ke Kuala Lumpur pagi Isnin dengan kepuasan di atas sumbangan kami kepada orang Terengganu khususnya ahli HPA yang menyertai kursus tersebut. Terima kasih di atas layanan yang terbaik disediakan oleh pimpinan kelab pimpinan HPA Kuala Terengganu dengan menyediakan segala kelengkapan dan penginapan secara percuma dan Saudara Wan Mohd Abzal.

Oh tidak lupa ketika saya berada di Terengganu, Pn Laila dari Johor telah menyertai HPA ini melalui myhpafamily. Terima kasih kami ucapan.
Blog Widget by LinkWithin