Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Monday, November 23, 2009

Jalan-jalan cari pengalaman

Hujan lebat ketika musim tengkujuh masih tidak melenturkan semangat kami berkidmat ke Kuala Terengganu dan Parit, Perak pada 20~22 November 2009. Kami berenam yang diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim dan isteri, PJ Mohd Rezuan dan isteri serta saya sendiri, Mohd Nazrin berangkat ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur. Program utama kami addalah menjayakan Kursus Refleksologi, Kursus Diagnosis Saraf Tapak Tangan, Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dan Khidmat Bekam Hijamah.

Jumaat 20 November 2009
Hari pertama kami di Cawangan HPA Kuala Terengganu adalah Kursus Refleksologi. Majlis dirasmikan oleh PJS Ustaz Che Mat Syukri bin Khalid. Beliau berucap dengan mengingatkan para peserta yang terdiri daripada 40 orang (full capacity) , tentang pengubatan halal dalam kehidupan.

Kemudian, acara dimulai dengan bacaan Al-Ma'thurat bersama-sama.


Acara majlis utama kemudiannya dipimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim (PJS Pak Lah)yang seperti biasa memulakan kursus ini dengan menghuraikan Konsep Jemaah dalam MLM Syariah. Di mana selama ini kita apabila bekata tentang MLM, ia lebih kepada konsep binari, priramid, dan sebagainya.


Langkah pratikal seperti mengesan nadi peserta, bacaan Al-Fatihah dan Ayat Kursi sebelum melakukan rawatan refleksologi dilakukan.




Solat Jumaat kami berkesempatan ke Masjid Terapung Kuala Terengganu atau dikenali Masjid Putih.


Pada sesi petang, saya sempat berbekam Al-Hijamah yang dilakukan oleh PJ Mohd Rezuan. Seperti pemahaman masyarakat luar di sana yang menganggap bekam sesuatu yang menyakitkan serta pelbagai mitos yang meragukan turut menyelubungi saya. Akan tetapi bekam adalah rawatan yang disyorkan oleh Rasullullah S.A.W serta satu cara detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Akhirnya berjaya juga!


Kursus ini berakhir jam 630 petang. Namun program kami tidak berakhir disini sahaja. Kami bergegas pula ke Paka Dungun bagi menghadiri PBC di Rumbia Resort Villa atas jemputan PJS Ustaz Jamaluddin. Salah satu slot malam iaitu pengenalan diagnosis melalui saraf tapak tangan turut disampaikan oleh PJS Pak Lah yang bemula jam 9 malam. Atas pengalaman saya, PBC di Terenggana merupakan PBC yang dapat mengumpul ramai peserta sehingga melebihi 100 peserta setiap PBC!



Program kami berakhir sehingga jam 1230 pagi dan selamat kembali ke Kuala Terengganu jam 3 pagi.

Sabtu 21 November 2009
Program pagi ini dimulai dengan bacaan Al-Ma’thurat sebelum ucapan perasmiaan oleh PJS Ustaz Ahmad Kamal Ali, pengerusi Kelab Pimpinan HPA Zon Kuala Terengganu. Beliau menyatakan lihatlah dan berfikir akan tanda-tanda kebesaran Allah dalam bidang perubatan terutamanya saraf tapak tangan.

Kursus Diagnos Melalui Saraf Tapak Tangan disampaikan oleh PJS Pak Lah mengisi slot pada hari kedua ini.

Kursus ini berakhir jam 6 petang dengan pemberian sijil-sijil kepada peserta turut disampaikan.

Kami bertolak menuju ke Gerik melalui jalan paling mencabar di jalan Gua Musang –Jeli yang melintasi hutan tebal. Jalan disini terkenal dengan Gajah yang melintas! Sekali lagi- Gajah ! Selain itu saya yang memandu Avanza juga sempat melihat kecekapan bus express memotong kami di jalan yang sempit dan berselekoh ini. Dari Gerik ke Kuala Kangsar menuju pula ke Parit, Perak.

Ahad 22 November 2009
Kami selamat sampai ke Rumah Rehat Cempaka Sari Parit Perak jam 330 pagi. Disini diadakan PBC. Program pagi itu dimulai dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh PJS Pak Lah bertajuk “Melahirkan Usahawan HPA Mukmin dan Istiqomah”. Beliau mengutarakan 4 prinsip iaitu Kekuatan Aqidah, Kesempurnaan Ibadah, Kesepaduan Ilmu dan Kekuatan Ahklak.


Antara program PBC hari tersebut seperti bacaan Al-Mathurat, LDK, dan Teknik “Gerak Gempur Radix”.

Saya sempat juga membeli produk terbaru keluaran HPA iaitu Kacang Potong untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk anak saya dan isteri yang ditinggalkan selama 3 hari.


Kami selamat sampai di Kuala Lumpur jam 12 malam dengan rasa kepuasan atas perkidmatan kami ini. Ia secara tidak langsung telah membuktikan bahawa azam dan semangat pejuang HPA ini begitu serius membantu umat Islam kini. Agar masyarakat di luar sana juga dapat melihat bahawa MLM Syariah HPA ini bukan terhad pada penjualan produknya sahaja tetapi pelbagai aktiviti ummah yang bermanfaat.

2 comments:

Hammid_77 said...

Assalamualaikum,

Pak Lah, saya salah seorang peserta Kursus Reflexology dan Diagnosis tapak tangan yang diadakan di Kuala Terengganu.
Saya ada beberapa soalan.

Berapa lama masa yang biasanya diambil untuk satu sesi urut tapak kaki untuk buang angin?
Bolehkah saya melakukan urutan refleksologi bersama servis lutut dan tangan untuk sekali sesi tanpa mengambil kira kesihatan lutut pesakit?
Untuk urutan lutut, adakah semua keadaan kecederaan lutut boleh digunakannya?
Jika ada bahagian yang boleh diambil masa (memuaskan hati pesakit) untuk sesi urutan refleksologi, pada bahagian mana?
Ibu mentua saya mempunyai masalah darah tinggi dan jantung, bagaimana cara nak melakukan urutan? Bagaimana pula untuk pesakit darah rendah?
Sekian Terima Kasih.

Mohd Nazrin bin Mohd Yassin , Siti Hajar Abdullah said...

Hamid,

Walaikumsalam,

Lebih bagus jika hubungi sendiri Pak Lah tentang ini. Kerana jadual agak padat, Pak Lah sukar untuk menjawab melalui email.

Thanks
Nazrin

Blog Widget by LinkWithin