Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA.
Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini.
Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini!
.
Pada 25 Nov 2009, diadakan Seminar Keusahawanan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. PJS Abdullah Abdul Rahim dijemput untuk menyampaikan ucapan bertajuk " Tanggungjawab & Isu-isu Kepenggunaan dalam Produk Halal" di hadapan pelajar-pelajar serta pensyarah.
Antara isi kandungan ucapannya adalh menekankan prinsip kerja yang perlu diamalkan secara konsisten oleh seseorang usahawan adalah:
1-Mengguna & Mengamal produk
2-Mengetahui akan produk knowledge
3-Melibatkan diri kepada program-program syarikat
4-Membina jaringan
5-Menberi servis & bimbingan
6-Mendiagnos & merawat.
Manakala pada 27 Nov 2009, bersempena dengan sambutan Aidiladha, PJS Abdullah Abdul Rahim berpeluang menyampaikan tazkirah magrib & isyak di surau PPR Sri Pantai , Blok 100. Beliau menyampaikan serba sedikit permasalahan masyarakat kini serta hubungkait dengan pemakanan seharian bersempena dengan sambutan Aidiladha kali ini.
Hujan lebat ketika musim tengkujuh masih tidak melenturkan semangat kami berkidmat ke Kuala Terengganu dan Parit, Perak pada 20~22 November 2009. Kami berenam yang diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim dan isteri, PJ Mohd Rezuan dan isteri serta saya sendiri, Mohd Nazrin berangkat ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur. Program utama kami addalah menjayakan Kursus Refleksologi, Kursus Diagnosis Saraf Tapak Tangan, Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dan Khidmat Bekam Hijamah.
Jumaat 20 November 2009 Hari pertama kami di Cawangan HPA Kuala Terengganu adalah Kursus Refleksologi. Majlis dirasmikan oleh PJS Ustaz Che Mat Syukri bin Khalid. Beliau berucap dengan mengingatkan para peserta yang terdiri daripada 40 orang (full capacity) , tentang pengubatan halal dalam kehidupan.
Kemudian, acara dimulai dengan bacaan Al-Ma'thurat bersama-sama.
Acara majlis utama kemudiannya dipimpin oleh PJS Abdullah Abdul Rahim (PJS Pak Lah)yang seperti biasa memulakan kursus ini dengan menghuraikan Konsep Jemaah dalam MLM Syariah. Di mana selama ini kita apabila bekata tentang MLM, ia lebih kepada konsep binari, priramid, dan sebagainya.
Langkah pratikal seperti mengesan nadi peserta, bacaan Al-Fatihah dan Ayat Kursi sebelum melakukan rawatan refleksologi dilakukan.
Solat Jumaat kami berkesempatan ke Masjid Terapung Kuala Terengganu atau dikenali Masjid Putih.
Pada sesi petang, saya sempat berbekam Al-Hijamah yang dilakukan oleh PJ Mohd Rezuan. Seperti pemahaman masyarakat luar di sana yang menganggap bekam sesuatu yang menyakitkan serta pelbagai mitos yang meragukan turut menyelubungi saya. Akan tetapi bekam adalah rawatan yang disyorkan oleh Rasullullah S.A.W serta satu cara detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Akhirnya berjaya juga!
Kursus ini berakhir jam 630 petang. Namun program kami tidak berakhir disini sahaja. Kami bergegas pula ke Paka Dungun bagi menghadiri PBC di Rumbia Resort Villa atas jemputan PJS Ustaz Jamaluddin. Salah satu slot malam iaitu pengenalan diagnosis melalui saraf tapak tangan turut disampaikan oleh PJS Pak Lah yang bemula jam 9 malam. Atas pengalaman saya, PBC di Terenggana merupakan PBC yang dapat mengumpul ramai peserta sehingga melebihi 100 peserta setiap PBC!
Program kami berakhir sehingga jam 1230 pagi dan selamat kembali ke Kuala Terengganu jam 3 pagi.
Sabtu 21 November 2009 Program pagi ini dimulai dengan bacaan Al-Ma’thurat sebelum ucapan perasmiaan oleh PJS Ustaz Ahmad Kamal Ali, pengerusi Kelab Pimpinan HPA Zon Kuala Terengganu. Beliau menyatakan lihatlah dan berfikir akan tanda-tanda kebesaran Allah dalam bidang perubatan terutamanya saraf tapak tangan.
Kursus Diagnos Melalui Saraf Tapak Tangan disampaikan oleh PJS Pak Lah mengisi slot pada hari kedua ini.
Kursus ini berakhir jam 6 petang dengan pemberian sijil-sijil kepada peserta turut disampaikan.
Kami bertolak menuju ke Gerik melalui jalan paling mencabar di jalan Gua Musang –Jeli yang melintasi hutan tebal. Jalan disini terkenal dengan Gajah yang melintas! Sekali lagi- Gajah ! Selain itu saya yang memandu Avanza juga sempat melihat kecekapan bus express memotong kami di jalan yang sempit dan berselekoh ini. Dari Gerik ke Kuala Kangsar menuju pula ke Parit, Perak.
Ahad 22 November 2009 Kami selamat sampai ke Rumah Rehat Cempaka Sari Parit Perak jam 330 pagi. Disini diadakan PBC. Program pagi itu dimulai dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh PJS Pak Lah bertajuk “Melahirkan Usahawan HPA Mukmin dan Istiqomah”. Beliau mengutarakan 4 prinsip iaitu Kekuatan Aqidah, Kesempurnaan Ibadah, Kesepaduan Ilmu dan Kekuatan Ahklak.
Antara program PBC hari tersebut seperti bacaan Al-Mathurat, LDK, dan Teknik “Gerak Gempur Radix”.
Saya sempat juga membeli produk terbaru keluaran HPA iaitu Kacang Potong untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk anak saya dan isteri yang ditinggalkan selama 3 hari.
Kami selamat sampai di Kuala Lumpur jam 12 malam dengan rasa kepuasan atas perkidmatan kami ini. Ia secara tidak langsung telah membuktikan bahawa azam dan semangat pejuang HPA ini begitu serius membantu umat Islam kini. Agar masyarakat di luar sana juga dapat melihat bahawa MLM Syariah HPA ini bukan terhad pada penjualan produknya sahaja tetapi pelbagai aktiviti ummah yang bermanfaat.
Terima Kasih kesudian pembaca/blogger yang menyertai Pertandingan Keluarga Kami & HPA. Agar dari pertandingan ini juga kami dan anda dapat berkenalan dan mengeratkan salam persahabatan dari myHPAfamily.
Bagi memastikan usaha yang mampu kami lakukan ini dapat dikongsi bersama, kami telah tetapkan bahawa kesemua penyertaan adalah pemenangnya. Berikut adalah blogger yang mengambil bahagian. Lawatilah blog mereka ini. Menarik!
kretif & cantik paparan post tentang keluarga atiqah.
Mereka akan menerima pemberian cenderhati/sumbangan dari myHPAfamily berupa produk herba Roselle kapsul beserta 2 sachet Kopi Radix dan Cereal Radix .
Di ketahui bahawa Roselle (Hibiscus Sabdariffa) merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan melebihi family Limau (Citrus). Antara Khasiat Roselle adalah bertindak sebagai Anti-Penuaan, Pencegahan penyakit Kardiovaskular, Pencegah Kanser, baik diambil bersama Coscinium Plus bagi mengatasi masalah Resdung (alergi), menurunkan suhu dan mood pesakit yang menghadapi masalah stress atau sukar tidur.
Setialah bersama kami untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang akan dijalankan nanti. OK!
Ps: Kami masih menanti maklum balas dari peserta di atas akan alamat mereka agar urusan penghantaran cenderhati dapat dilakukan.
Kami antara pendokong HPA di seluruh negara. (Mohd Nazrin No Penaja: 259922.MY01 dan Siti Hajar Abdullah No Penaja: 332011.MY01.) Kesedaran tentang produk halal meningkat setelah menyertai rangkaian HPA dan mengikuti beberapa program yang telah dianjurkan oleh ayahanda kami ,Abdullah Abdul Rahim, Pengarah Jati Setia. Maka blog ini dibangunkan untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan maklumat yang berguna dari perspektif pengguna produk HPA ini. Sehingga kini kami berjaya menukar keperluan kelengkapan harian seperti ubat gigi, sabun, shampoo, minuman (kopi, teh, malt coklat), makanan tambahan (madu , spirulina) dan makanan daging seperti ayam kepada barangan HPA. Usaha kami juga kearah 100% penggunaan produk seharian di rumah menggunakan produk HPA dan meninggalkan pengantungan kepada produk asing.
Apa yang membezakan blog kami dengan blog-blog lain yang juga mengesorkan produk HPA adalah kami menggunakan produk HPA bersungguh-sungguh terlebih dahulu sebelum post sebarang artikel. Ia supaya memberi keyakinan kepada anda semua.!
1) Dapatkan Kit Niaga HPA di mana-mana cawangan HPA berdekatan dengan harga RM30.
(2) Lengkapkan maklumat di borang pendaftaran.
(3) Di ruangan Maklumat Penajaan, isi kan maklumat berikut seperti dalam rajah di bawah.
(4) Hantarkan kembali kepada cawangan HPA beserta salinan kad pengenalan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
Borang Pendaftaran
Menyertai Keluarga HPA- We do it for you
(1) Sila baca post kami tentang menyertai HPA
(2) Lakukan pembayaran on-line RM30 dan hantar salinan kad pengenalan kepada myhpafamily
(3) Kami hantar Kid Niaga tanpa kos penghantaran (Promosi terhad)
For Blogger, copy and paste this code into HTML/Javascript gadget
Silalah lihat cerita di sebalik produk HPA ini
Tahukah Anda ?
Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, seseorang akan terasa hendak membuang air kecil. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhanya apabila mengambil D’Due.
Pesanan Boleh dilakukan Melalui: 1. SMS @ Telefon kepada PJS Abdullah Abdul Rahim 0126849263 PLX Mohd Nazrin 0126321421 PLX Siti Hajar Abdullah (e-caR) 0123733327
atau
2. Download Senarai Harga, kemudian tandakan barangan yang dikehendaki dan hantarkan maklumat berikut ke email: tanyalah_nazrin[at]yahoo.com Nama Penerima: Alamat Penerima: No Telefon: Produk & Kuaniti Pesanan: Tarikh & Masa Pembayaran: Jumlah Bayaran + kos penghantaran:
Bayaran Boleh Dibuat Melalui Bank Berikut a) CIMB :01180063391528 (Mohd Nazrin) b) Maybank:114262350923(Mohd Nazrin) c) CIMB:12180096062527 (Siti Hajar@e-Car) Hubungi (SMS @ Tel) setelah pembayaran dibuat untuk tujuan pengesahan.
3. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Petaling Jaya (Selangor), Skudai (Johor), kami boleh menawarkan penghantaran secara Cash on Delivery (COD). Hubungi kami untuk maklumat lanjut.