Welcome to myHPAfamily blog!

Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA. Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini. Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini! .

Selamat Membaca!

Jadual PJS Abdullah Abdul Rahim

Borang Pra-Pendaftaran

Ruangan A: Pendaftaran Keahlian Warga HPA

1) Nama:
2) Alamat Email:
3) No Kad Pengenalan:
4) Jantina: Lelaki
Wanita
5) Bangsa Melayu
Cina
India
dan lain-lain
6) Taraf Perkahwinan: Bujang
Berkahwin
7) No Akaun Bank Islam (jika ada):
8) Alamat Surat Menyurat:
9) No Telefon:
10) Nama Pasangan:
11) No Kad Pengenalan Pasangan:
12) Nama Pewaris: (Pewaris yang akan mewarisi bonus anda)
13) No Kad Pengenalan Pewaris:
14) Bayaran RM 30 untuk seumur hidup kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cash on Delivery

Ruangan B: Pendaftaran Program-Program Anjuran Komuniti HPA Wangsa Maju

15) Program Ingin Disertai: Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)26&27 Febuari 2011
Kursus Pembetulan Tulang Belakang 2011
Kursus Bekam 2011
16) Nama Peserta:
17) No Telefon:
18) No Kad Pengenalan:
19) No Pengedar Bertauliah: (jika ada)
20) Bayaran RM50 setiap kursus kepada: (untuk Kursus Sahaja) CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju
21) Bayaran RM160 untuk hadir PBC kepada: CIMB :01180063391528
Maybank:114262350923
Cawangan HPA Wangsa Maju

Monday, October 10, 2011

Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) 9 Oktober 2011



Pada 9 Oktober 2011 diadakan program sehari yang dinamakan Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) bertempat di Hotel De’ Palma Ampang.

Hampir 700 peserta hadir yang rata-rata mengambil kesempatan ini untuk berpeluang meningkatkan jaringan pendapatan dan kebersamaan serta ilmu yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin MLMS HPA ini.

Slot pertama dimulakan oleh penceramah PJM Haji Murad yang menyampaikan Modul bertajuk Gempur Pasaran Radix.

Kemudian diikuti oleh Modul ke dua bertajuk Usahawan MLM Syariah yang disampaikan oleh PJM Hafidzan Fauzi.

Modul terakhir adalah mengenai Sinergi Herba yang di sampaikan sendiri oleh Tn Haji Ismail selaku Pengarah Urusan HPA Sdn Bhd. Beliau menekankan kehebatan akar Tongkat Ali sehingga kejaraan Malaysia mempatenkan herba Tongkat Ali ini sendiri di peringkat antarabangsa.



Sepanjang acara berlangsung diadakan pelbagai acara salingan seperti persembahan zikir munajat serta alunan nasyid dan beberapa cabatan bertuah kepada para perserta.
Program PKLP yang terdekat di sekitar Lembah Klang seterusnya akan berjalan pada 13 November 2011.


Sunday, August 21, 2011

Bengkel Sinergi Herba Bersama Pengarah Urusan HPA



Pada 20 Ogos 2011, bertempat di Menara HPAic Shah Alam telah diadakan Bengkel Sinergi Herba. Hampir 200 peserta hadir pada majlis ini yang mana ilmu herba ini telah di sampaikan oleh pengarah urusan HPA sendiri iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.


Antara penyampaian ilmu beliau adalah perawatan menggunakan ilmu ini terbahagi kepada 4 golongan utama iaitu teori unsur, colon cleansing, Detoxfikasi dan Zat pemahaman.


Bengkel ini berakhir jam 430 petang. Kemudian pada jam 5 pula di adakan majlis penyampaian sumbangan fakir miskin dan majlis khatam Al-Quran. Manakala pada malamnya majlis berbuka puasa serta solat tawarih.


Tuesday, August 9, 2011

Bengkel Kepimpinan & Keusahawanan MLMS


Pada 7 ogos 2011 di adakan Bengkel Kepimpinan & Keusahawanan MLMS bertempat di cawangan HPA Rawang. Bengkel ini adalah susulan program ESP pada julai yang lepas di HPAic.

Perasmian majlis di rasmikan oleh PJS Hafizan yang merupakan Presiden Kelab Al-Wahida. Antara ucapan beliau adalah berkisar permasalah ummah masa kini yang meliputi produk Islam, keusahawanan muslim yang berjaya dan mertabatkan ekonomi ummah.


Hampir 30 peserta hadir yang dibahagikan kepada beberapa Mentor yang terdiri daripada pemimpian yang berpengalaman seperti PJS Jamaluddin Yeop Majlis dan PJS Abdullah Abdul Rahim. Mentor2 mentor ini bertindak sebagai pempimbing sepanjang program ini.

Antara intipasti bengkel ini adalah kehebatan produk herba, dan bagaimana menaja rangkaian dengan berkesan.

Ada lebih kurang 21 bengkel susulan yang akan datang, justeru itu rebutlah peluang ini!

Monday, February 7, 2011

KONVEK2011 dan Jam Tawaf- Kembali kepada aturan fitrah alam




Tahniah di atas penganjuran KONVEK2011 HPA bertempat di PICC Putrajaya 5 Febuari 2011.

Bagi kami antara pekara yang menarik pada hari tersebut adalah pengenalan produk terbaru HPA iaitu Jam Tawaf. Konsep jam ini adalah ia berputar dari kanan ke kiri di mana berbeza dengan aturan jam sekarang. Kenapa agak nya ye?




Berikut adalah hujan Tn Haji Ismail mengenai pengenalan Jam Tawaf ini.


Iklan Jam Tawaf ini.


Berikut adalah antara ucapan perasmian pada pagi tersebut oleh pengasas HPA sendiri.



Ok Jumpa lagi.

Monday, January 31, 2011

Kuliah Perubatan Jawi @ HPA Cawangan Wangsa Maju


Hujan seharian pada 30 januari 2011, tidak menghalang kehadiran hampir 50 orang ke HPA Wangsa Maju untuk menghadiri Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Mad China.

Ustaz Mohammad Ibrahim

Majlis dimulakan dengan penerangan isu-isu perkembangan terkini HPA, bagaimana 5 kaedah meningkatkan iman yang dihuraikan panjang lebar oleh penceramah. Kemudian, penerangan produk mengenai bedak sejuk mengambil tempat.



Inilah hebatnya HPA, bukan sekadar bercakap mengenai penjualan produk semata mata, tetapi bercakap juga tentang ilmu alamiah dan ilahiyah. Nak tau lebih lanjut, jom sertai HPA.. Borang on-line ada kat atas... atau nak lebih yakin jom ke HPA Wangsa Maju setiap Isnin jam 9 malam, ada makan juga-free!

Jumpa lagi! Tahniah

Friday, January 21, 2011

Seminar Kepimpinan HPA

Di saat kebanyakkan warga kota bercuti & bersantai, bertempat di HPAic Shah Alam di adakan Seminar Kepimpinan HPA anjuran Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) pada 20 Januari 2011. Hampir 150 orang peserta hadir bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran di tahun 2011 ini.


Seminar satu hari ini di perkuatkan dengan kehadiran beberapa pemimpin termasukkan PJM Cikgu Murad, PJM Khalid Iskri serta PJM Hafizan Fauzi.

Di dalam ucapan pembukaan majlis, PJM Khalid Iskri menitikberatan pembangunan ukwah serta konsep menjayakan orang yang hendak dijayakan. Selain itu beliau menyeru para peserta memahami konsep MLM terutamanya HPA MLM yang meliputi dunia dan akhirat.

PJM Khalid Iskri

Manakala penceramah utama iaitu PJM Cikgu Murad menguraikan konsep Usahawan Herbalis MLM Syariah HPA yang bertunjangkan kepada gerak kerja 6M. Antara intipati siminar ini termasuklah kejayaan organisasi, menjauhi alasan,faedah amalan, menyuburkan rezeki, manafaatkan faedah dan pelbagai lagi.

PJM Cikgu Murad

Seminar diakhiri dengan Latihan Dalam Kumpulan.



Bagaimana pula dengan anda? Jangan baca sahaja blog kami ini, jadilah sebahagian kebersamaan dalam jemaah HPA ini bemi membina ekomomi ummah. Hanya mendaftar melalui blog kami ini sahaja. Pelbagai insentif menarik sepanjang tahun ini. Jumpa lagi!

Tuesday, January 11, 2011

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) & Testimoni Produk Herba Malac






Pada 9 Januari 2011, di adakan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang di sampaikan sendiri oleh TN HJ ISMAIL HJ AHMAD, iaitu Pengasas HPA Group, Pengarah Urusan (CEO lah dalam bahasa English). Ia bertempat di Menara HPAic Persiaran Sukan Shah Alam. Kuliah ini terbuka kepada umum.



Antara pengisian kuliah ini adalah tentang kehebatan bedak sejuk. Suatu produk yang paling 'primitif' yang sebenarnya di hasilkan oleh nenek moyang kita dahulu. Zaman kini masyarakat lebih tertarik kepada loyen, krim, esen dan sebagainya. Maka bedak sejuk ini di anggap ketinggalan zaman.

Walaubagaimanapun antara kelebihan bedak sejuk ini dalam perubatan, ia bersifat sejuk (Yin) ,& mengurangi peradangan terutamanya berlakunya jangkitan kuman. Ia mudah di campur dengan air dan dijadikan ubatan sapu.

Antara bedak sejuk yang telah dihasilkan oleh HPA adalah Bedak seri dingin, bedak seri melor, bedak seri jasmin, bedak awana & Bedak puraria.

Hadirin pada petang itu juga diberi pelbagai cenderahati , antaranya Minyak Kelapa Dara, diskaun majalah IKON dan beberapa produk kecantikan.


Majlis diakhiri dengan testimoni dari seorang pengguna HPA yang menggunakan produk Malac sehingga batu karangnya keluar dari badannya.


Ok jumpa lagi. Sertai HPA dengan mudah melalui blog myhpafamily ini!

Monday, January 3, 2011

PBC Bulan Januari Ini...

Asaalamualaikum..& bertemu kembali..

Pembukaan tahun 2011 ini telah dimulai dengan program2 yang menarik. Antaranya MEGA PBC seperti poster berikut.


Sementara itu seminggu kemudian, kami di komuniti Wangsa Maju turut menganjurkan PBC dengan bayaran murah RM160. Tarikh yang amat sesuai iaitu 29 & 30 January 2011 akan menarik banyak peyertaan di kalangan warga baru HPA. Jumpa anda di sana!

Thursday, December 23, 2010

PBC 11 dan 12 Disember 2010 @ Adamson Hotel KL


Seramai 30 orang peserta PBC telah berjaya menamatkan program ini pada 11 dan 12 Disember yang lalu bertempat di Adamson Hotel ChowKit Kl. Beberapa nama besar pemimpin yang hadir membantu menjayakan program kali ini antaranya adalah PJS Khalid Iskri, PJS Ahmad Azam , PJS Juwita dan PJS Abdullah Abdul Rahim.


Antara pengisian yang amat menarik adalah demo tentang ilmu perawatan yang ditawarkan oleh HPA iaitu ilmu pembekamnan Al-Hijamah. Demo kali ini di sampaikan oleh PJ Mohd Rezuan.



Pengisian slot-slot yang lain termasuk pengenalan syarikat dan pelan pemasaran yang disampaikan oleh PJS Ahmad Azam, Gerak Kerja 6M oleh PJS Khalid Iskri, PJS Juwita bagi slot Malam bintang-bintang, PJS Abdullah Abdul Rahim pula mengambil slot halal haram dan dignosis saraf tapak tangan.



Program di akhiri dengan pembentangan para peserta yang melucukan.


Baiklah jumpa lagi. Salam 1 Malaysia.

Wednesday, December 8, 2010

Perkongsian Bijak Cemerlang PBC @ Adamson Hotel Kuala Lumpur 11 & 12 Disember 2010

Setelah hampir beberapa bulan berehat, akhirnya Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran Komuniti WangsaMaju di adakan kembali pada tarikh 11 & 12 Disember 2010. Tempat di Adamson Hotel Chow Kit Kuala Lumpur.

Bayaran RM160, termasuk penginapan, makanan, kit program dan pelbagai maklumat program terkini dari HPA.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Jumpa anda di sana!

Friday, November 5, 2010

Jemputan ke Puasat Stokis Daerah HPA Kg Kerinchi

Pada 13 & 14 November 2010 akan diadakan program perjumpaan terbuka muslimin & muslimat ke Dewan Pangsapuri PKNS(17T) Bukit Kerinchi Bangsar Baru.



Antara pemimpin yang bakal hadir adalah PJS Abdullah Abdul Rahim,& PJS Ahmad Azam. Anda semua di jemput hadir beramai-ramai...

Sunday, October 3, 2010

Majlis Perasmian Menara HPA International Centre

Syukur Alhamdullilah di atas kejayaan HPA memiliki (bukan sewa tau..) sebuah bangunan tersegam indah di Persiaran Sukan Seksyen 13 Shah Alam. Pada 2 Oktober 2010 di adakan Majlis Perasmian Menara HPA ini oleh Pengarah Urusan 1 HPA Industries, Tuan Haji Ismail bersama-sama dengan PJS HPA serta keluarga-keluarga HPA di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand,Cambodia serta Brunei.


Ribuan hadir yang rata-ratanya merasa bangga atas kejayaan ini, dari perniagaan kecilan herba di rumah beratapkan rumbia, berdindingkan buluh,kini hasil keberkatan perniagaan ini maka terbinalah bangunan ini milik penuh sebuah syarikat bumiputra Islam 100%...


Majlis rasmi di dahulukan dengan doa pembukaan majlis dan bacaan Al-Quran sebelum di ikuti ucapan dari wakil PJS Malaysia, Indonesia, Thailand,Cambodia serta Brunei. Ucapan yang ditunggu-tunggu iaitu dari Pengarah Urursan sendiri mengambil tempat. Antara kandungan ucapan beliau, menyatakan bangunan ini adalah milik kita semua dan masyarakat mula mengambil tempat di hati mereka bahawa apabila berkata produk halal adalah HPA.


Kemudian upaca perasmian HPAic & HPA Halal Mall oleh Pengarah Urusan bersama PJS HPA.




Pada sesi petang pula, diadakan pembentangan kertas kerja produk Alkaradix Chlorophy Drop dan Jeli Gamat oelh Dr Zakaria. Beliau menegaskan bahawa buang asid dalam badan, maka buanglah penyakit dalam badan.


Kemudian ulasan buku Kiropraktik oleh Pengarah Urusan sendiri.



Ucapara terakir adalah ucapan dari Ir.H.Heppy Trenggono M.Kom Founder and CEO United Balimuda Group yang di datangkan khas dari Indonesia. Beliau bercakap mengenai pasaran produk halal dunia kini yang rata-ratanya di kuasai oleh syarikat bukan Islam.


Ok jumpa lagi...berikut sebahagian gambar untuk tontonan semua!




Monday, June 28, 2010

PBC Istimewa 26-27 Jun 2010

Program Prerkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA kali ini telah menarik penyertaan seramai 37 peserta hadir ke Brisdale Hotel ChowKit.

Antara penceramah dan usahawan muslim hebat yang hadir menyampaikan ilmu mereka adalah PJS Ustaz Safuan dari Bukit Tinggi Kelang. Beliau menyampaikan peransang dan motivasi dalam mengerakkan enam prinsip kejayaan usahawan muslim HPA. Antara enam prinsip tersebut adalah mengamalkan produk, dan menghadiri kelas ilmuan seperti contohnya Kelas Mingguan di setiap cawangan HPA, dan Kuliah Perubatan Jawi.


Selain itu penceramah hebat seperti PJS Ahmad Azam, PJS Abdullah Abdul Rahim dan PJS Juwita merupakan tunjang utama bagi program PBC kali ini.


Berikut adalah ucapan peserta lelaki terbaik, (click play).


Apa pula celoteh peserta wanita terbaik, (click play)


Hadiah di sampaikan oleh PJS Ahmad Azam yang berupa CD Raihan Salawatherapy.




Pada akhir penutup program, para peserta dan ahli pelaksanan program dikejutkan dengan upacara kesukuran ulang tahun perkahwihan PJS Abdullah Abdul Rahim bersama isteri tercinta Pn Habsah ke 34 tahun. Majlis ringkas ini di atur sendiri tanpa disedari oleh anak-anak mereka. Suasana hiba dan penuh kesukuran menyelubungi emosi setiap peserta disana.


Jangan lupa pada 24-25 July 2010 pula di adakan lagi program PBC pada tempat yang sama. Sementara itu pada 17 July 2010, di adakan kursus Kiropratik dan 18 July, di adakan kursus Bekam yang di adakan di HPA Cawangan Wangsa Maju.

Jumpa anda di sana!
Blog Widget by LinkWithin