Pada 20 Ogos 2011, bertempat di Menara HPAic Shah Alam telah diadakan Bengkel Sinergi Herba. Hampir 200 peserta hadir pada majlis ini yang mana ilmu herba ini telah di sampaikan oleh pengarah urusan HPA sendiri iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.
Antara penyampaian ilmu beliau adalah perawatan menggunakan ilmu ini terbahagi kepada 4 golongan utama iaitu teori unsur, colon cleansing, Detoxfikasi dan Zat pemahaman.
Bengkel ini berakhir jam 430 petang. Kemudian pada jam 5 pula di adakan majlis penyampaian sumbangan fakir miskin dan majlis khatam Al-Quran. Manakala pada malamnya majlis berbuka puasa serta solat tawarih.