Seramai 30 orang peserta PBC telah berjaya menamatkan program ini pada 11 dan 12 Disember yang lalu bertempat di Adamson Hotel ChowKit Kl. Beberapa nama besar pemimpin yang hadir membantu menjayakan program kali ini antaranya adalah PJS Khalid Iskri, PJS Ahmad Azam , PJS Juwita dan PJS Abdullah Abdul Rahim.
Antara pengisian yang amat menarik adalah demo tentang ilmu perawatan yang ditawarkan oleh HPA iaitu ilmu pembekamnan Al-Hijamah. Demo kali ini di sampaikan oleh PJ Mohd Rezuan.
Pengisian slot-slot yang lain termasuk pengenalan syarikat dan pelan pemasaran yang disampaikan oleh PJS Ahmad Azam, Gerak Kerja 6M oleh PJS Khalid Iskri, PJS Juwita bagi slot Malam bintang-bintang, PJS Abdullah Abdul Rahim pula mengambil slot halal haram dan dignosis saraf tapak tangan.
Program di akhiri dengan pembentangan para peserta yang melucukan.
Baiklah jumpa lagi. Salam 1 Malaysia.