
Rombongan kami hanya berdua dari Kuala Lumpur iaitu Mohd Nazrin serta PJS Abdullah Abdul Rahim selamat tiba di cawangan HPA Kuala Terengganu pada 18 Febuari setelah hampir 6 jam perjalanan melalui Highway Pantai Timur-Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu. Untuk pengetahuan, HPA Cawangan Kuala Terengganu juga menyediakan homestay mereka sendiri (di dalam satu bangunan yang sama).
Menarik kali ini, salah seorang peserta yang menghadirikan diri untuk Kelas Refleksologi serta Kelas Diagnos Saraf Tapak Tangan (keesokkan harinya) adalah peserta OKU. Beliau dikenali sebagai Ustaz Isa telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan semangat beliau yang kental, akhirnya berjaya menamatkan 2 hari kursus ini dengan jayanya.


Akhirkata jadikan peristiwa bersejarah ini sebagai pendorong semangat kepada kita semua. Tiada yang mustahil jika kita mulakan langkah kita dengan jayanya...