Terima kasih di atas kunjungan anda ke dalam blog kami ini. Dari hanya sebagai pengguna produk HPA, kini kami libatkan diri dalam pelbagai altiviti kemasyarakatan setempat bersama HPA.
Kami berbesar hati jika anda dapat melanggan kandungan blog ini melalui email atau RSS. Maklum balas dan komen yang positif kami amat hargai demi memperbaiki blog dan perkidmatan kami ini.
Selamat melayari kandungan blog ini dan juga menyertai pelbagai aktiviti yang terdekat ini!
.
Peluang ke utara kali ini tak dapat dilepaskan. Anda akan tahu kenapa!
Pada 18 Disember 2009, permintaan hampir 21 peserta tertunai apabila PJS Abdullah Abdul Rahim berkesempatan mengajar kursus refleksologi kaki. Tempatnya diadakan di kedai Radix Station Kuala Kangsar.
Sehari selepas itu, kami ke HPA cawangan Bukit Mertajam bagi mengajar kursus refleksologi yang turut disertai oleh 36 peserta. Majlis pada paginya dimulai oleh Ustaz Hassan Zaid Ramli yang menyampaikan syarahan ringkas mengenai MLM Syariah. Beliau adalah salah seorang ahli panel MLM Syariah yang dilantik oleh HPA.
Pada 20 Disember kami ke Kampung Mata Ayer Perlis di mana diadakan Program Ilmu Cermerlang (PIC) yang turut disertai oleh Pn Habsah (isteri PJS Abdullah Abdul Rahim), bonda kami. Apa yang menariknya program PIC kali ini hampir kesemua modulnya diajar sendiri oleh Tuan Haji Ismail sendiri.Alangkah berbangganya saya sendiri dapat bertemu dengan beliau di saat beliau selesai menutup majlis tersebut.
Pada malamnya kami ke Sungai Petani, Kedah bagi mengunjungi restoran Radix Fried Chicken (RFC). Malah waktu hampir 1030 malam, pelanggan masih ramai mengunjungi RFC.Terikat kata-kata Tuan Haji Ismail mengenai RFC ketika berucap diKONVEK'09.
....RFC adalah merupakan perjuangan...RFC adalah merupakan perasaan yang ingin diluahkan oleh umat Islam sesudah mereka melihat berapa deritanya sahabat-sahabat mereka di bumi Palestin....
Pada 21-22 Disember 2009, diadakan PBC di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Para peserta adalah di kalangan pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Antara penceramah turut menjayakan adalah PJS Syed Ageel adan PJS Ustaz Zahir.
Pada 7 sehingga 9 Disember 2009, terdapat 3 Kelas Mingguan kami jayakan. Kelas mingguan ini diadakan di cawangan HPA bagi meyampaikan maklumat dan keyakinan kepada pengedar HPA dan juga orang awam secara percuma! Kelas bermula jam 9 malam.
Ia tempat menambah ilmu khususnya tajuk kelas mengenai pengenalan syarikat, produk knowledge, testimony, motivasi dan strategi menjana pendapatan, pelan pemasaran serta perkembangan terkini syarikat.
Pada 7 Disember, kami ke Cawangan HPA Port Dickson buat pertama kalinya. Hampir 35 orang hadir bagi mengetahui lebih lanjut akan profile syarikat , pelan pemasaran dan diakhiri dengan pengenalan merawat diri yang disampaikan oleh PJS Abdullah Abdaul Rahim.
Manakala pada 8 Disember, kami ke Cawangan HPA Bangi. Turut memberi penerangan adalah PJS Asmah yang menerangkan tentang produk knowledge iaitu Garlic Oil.
Pada 9 Disember pula, kami ke Cawangan HPA Bentong Pahang. Kami ditemani oleh PJS ibu Zaimah.
Jom kita pergi ke kelas mingguan yang berdekatan dengan anda. Rujuk kepada cawangan HPA yang terdekat.
Pada 4-5 Disember 2009, diadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Program yang ditunggu-tunggu ini disertai oleh 111 orang peserta serta dibantu oleh hampir 30 ahli jawatankuasa penganjur.
Program pada hari pertama dirasmikan oleh PJS Che Mat Syukri setelah pendaftaran peserta selesai dilakukan pada awal pagi. Beliau menekankan pertemuan PBC ini bukan hanya melibatkan urusan dunia, tetapi persediaan akhirat, dimana diadakan modul kiamulai dan kuliah subuh. Antara matlamat pengisian program ini juga sedikit sebanyak menyelamatkan umat dari kegelapan kepada kecerahan dari aspek halal & haram pemakanan seharian. Selain itu perdagangan/perniagaan dan penyebaran agama Islam sebenarnya berkaitan sejak kedatangan pedagang Arab ke Tanah Melayu.
Modul pertama adalah Profil Syarikat yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jerlun Kedah iaitu PJS Ustaz Salehuddin bin Hj Ramli. Beliau menerangkan latarbelakang syarikat HPA , misi dan kenapa penubuhan HPA ini serta kejayaan yang dicapai oleh syarikat HPA ini yang sudah disertai oleh melebihi 550 000 pengedarnya. Beliau juga sempat menyatakan bahawa anak sulungnya yang kini belajar di USIM mampu menperolehi bonus ~RM1000 setiap bulan tanpa PTPTN. Dengan kata lain kejayaan beliau membolehkan urusan hidup keluarganya tidak bergantung kepada hutang/pinjaman bank.
Modul kedua adalah Pelan Pemasaran dengan penceramah jemputan iaitu PJS Syed Ageel. Beliau menerangkan stuktur pelan pemasaran HPA yang telus, mudah tanpa penindasan atau penipuan.
Sesi petang diikuti oleh modul Eagle Eyes Sponsoring oleh PJS Syed Ageel. Antara kandungan modul ini adalah menekankan konsep gerak kerja 6M.
Jadi diantara “M” ke enam dalam gerak kerja 6M adalah Mendiagnos dan Merawat. Maka modul ke-empat adalah Mendiagnosis Saraf Tapak Tangan yang disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Antara kandungan modul adalah keadaan sifat tapak tangan seperti lembab, kasar, dan licin memberikan petanda awal tapah kesihatan seseorang itu.
Pada malamnya modul ke lima adalah Halal Haram Tangungjawab Bersama yang disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Beliau menekankan bahawa selain Fesyen/pakaian, Female/wanita, dan Fun-Fair/hiburan, Food/Makanan/Minuman yang diambil oleh masyarakat muslim seharian kini adalah ancaman terbesar umat Islam kini. Berapa peratuskah produk Islam di dapur anda/saya? Adakah halal disudut logo halal sudah mencukupi?
Pada awal jam 4 pagi diadakan kiamulai yang disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaludin Jusoh dari Madrasah Darul Bayan Paka Terengganu. Beliau juga menyampaikan kuliah subuh sesudah itu. Kemudian majlis diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim untuk sesi senaman pernafasan.
Modul ke tujuh pada paginya adalah slot Kongsi Pengalaman yang disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaludin Jusoh. Beliau menyatakan sejarah penglibatannya didalam HPA bermula pada tahun 2004. ada dua faktor penyebab iaitu tahap kesihatan keluarganya dan sumber kewangan madrasahnya. Dipendekan cerita di dalam blog ini, akhirnya beliau kini berjaya menyumbangkan RM5-6K setiap bulan untuk madrasahnya serta menjimatkan kos perubatan. Secara tidak langsung beliau juga memberi contoh bagaimana anda boleh membantu menyumbangkan sumber kewangan keatas surau, sekolah atau badan kebajikan dengan menaja diatas nama institusi berikut. Bagus juga idea ini!.
Modul ke lapan disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim mengenai Product Knowledge iaitu Kopi Radix. Antara fakta tentang Kopi Radix ini adalah satu-satunya kopi yang didaftarkan dan diiktiraf oleh SIRIM. Antara kandungan dalam Kopi Radix ini adalah Tongkat Ali, Teja Lawang, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Tebu Gajah, Larak dan Halban Hitam. Kahsiat setiap satunya diterangkan dengan panjang lebar.
Modul berikutnya adalah persembahan setiap peserta berkumpulan.
Pada akhir program ini adalah penyampaian cenderahati kepada kumpulan terbaik, dan peserta terbaik. Majlis penutup diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim dengan rumusan program 2 hari satu malam ini.
Para peserta disuraikan dengan bacaan selawat ke atas nabi dan bersalaman sebagai tanda perpisahan.
Secara peribadinya saya melihat program PBC di Kuala Terengganu ini yang dianjur oleh Kominiti Cawangan HPA Kuala Terengganu menjadi petanda aras “benchmark” kepada program PBC yang lain diseluruh Malaysia. Bukan hanya bilangan peserta yang ramai tetapi pengurusannya tersusun dengan jayanya.
Marilah bersama saya menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya dengan pelbagai program yang akan mendatang.!
Pada 29 Nov 2009, di adakan kursus diagnosis saraf tapak tangan di HPA cawangan Bahau Negeri Sembilan. Rombongan dari Kuala Lumpur ini turut disertai oleh PJM Pn Hajjah Juwita serta Pn Fatimah.
Kursus dimulai dengan laungan Takbir raya (12 Zulhijjah ) dan kemudian disusuli dengan pengenalan/ biodata penceramah.
Antara pengisian kursus ini adalah bagaimana peserta ditunjuk ajar untuk mengeluarkan angin dalam badan menggunakan minyak but-but, mengesan ketulan di hempedu dan batu karang ,serta melambatkan pertumbuhan kanser seperti kanser payudara.
Kami antara pendokong HPA di seluruh negara. (Mohd Nazrin No Penaja: 259922.MY01 dan Siti Hajar Abdullah No Penaja: 332011.MY01.) Kesedaran tentang produk halal meningkat setelah menyertai rangkaian HPA dan mengikuti beberapa program yang telah dianjurkan oleh ayahanda kami ,Abdullah Abdul Rahim, Pengarah Jati Setia. Maka blog ini dibangunkan untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan maklumat yang berguna dari perspektif pengguna produk HPA ini. Sehingga kini kami berjaya menukar keperluan kelengkapan harian seperti ubat gigi, sabun, shampoo, minuman (kopi, teh, malt coklat), makanan tambahan (madu , spirulina) dan makanan daging seperti ayam kepada barangan HPA. Usaha kami juga kearah 100% penggunaan produk seharian di rumah menggunakan produk HPA dan meninggalkan pengantungan kepada produk asing.
Apa yang membezakan blog kami dengan blog-blog lain yang juga mengesorkan produk HPA adalah kami menggunakan produk HPA bersungguh-sungguh terlebih dahulu sebelum post sebarang artikel. Ia supaya memberi keyakinan kepada anda semua.!
1) Dapatkan Kit Niaga HPA di mana-mana cawangan HPA berdekatan dengan harga RM30.
(2) Lengkapkan maklumat di borang pendaftaran.
(3) Di ruangan Maklumat Penajaan, isi kan maklumat berikut seperti dalam rajah di bawah.
(4) Hantarkan kembali kepada cawangan HPA beserta salinan kad pengenalan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
Borang Pendaftaran
Menyertai Keluarga HPA- We do it for you
(1) Sila baca post kami tentang menyertai HPA
(2) Lakukan pembayaran on-line RM30 dan hantar salinan kad pengenalan kepada myhpafamily
(3) Kami hantar Kid Niaga tanpa kos penghantaran (Promosi terhad)
For Blogger, copy and paste this code into HTML/Javascript gadget
Silalah lihat cerita di sebalik produk HPA ini
Tahukah Anda ?
Herba akar mengkuyit (Coscinium blumeanum) mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluran histamine dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C.
Pesanan Boleh dilakukan Melalui: 1. SMS @ Telefon kepada PJS Abdullah Abdul Rahim 0126849263 PLX Mohd Nazrin 0126321421 PLX Siti Hajar Abdullah (e-caR) 0123733327
atau
2. Download Senarai Harga, kemudian tandakan barangan yang dikehendaki dan hantarkan maklumat berikut ke email: tanyalah_nazrin[at]yahoo.com Nama Penerima: Alamat Penerima: No Telefon: Produk & Kuaniti Pesanan: Tarikh & Masa Pembayaran: Jumlah Bayaran + kos penghantaran:
Bayaran Boleh Dibuat Melalui Bank Berikut a) CIMB :01180063391528 (Mohd Nazrin) b) Maybank:114262350923(Mohd Nazrin) c) CIMB:12180096062527 (Siti Hajar@e-Car) Hubungi (SMS @ Tel) setelah pembayaran dibuat untuk tujuan pengesahan.
3. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Petaling Jaya (Selangor), Skudai (Johor), kami boleh menawarkan penghantaran secara Cash on Delivery (COD). Hubungi kami untuk maklumat lanjut.