Seperti biasa modul-modul seperti Prolile Syarikat MLM Syariah,Halal Haram, Pelan Pemasaran, Gerakkerja 6M, dan Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan telah pun di huraikan oleh pemimpin HPA yang dijemput khas iaitu diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim, PJS Jamaludin Yeop Majlis (dari komuniti Rawang), PJS Zamri dan PJS Ustaz Ramizu yang didatangkan khas dari Kelantan.
Modul istimewa untuk PBC kali ini adalah segment Kongsi Pengalaman dan Demo yang disampaikan oleh Herbalist Ustaz Mohamad Radzi. Beliau menceritakan bagaimana beliau menghadapi masalah darah tinggi, kencing manis dan “carbuncle”. Rawatan yang beliau jalani dengan menggunakan produk herba HPA cukup mengagumkan tanpa menggunakan ubat kimia sekali pun!
Kejayaan penganjuran PBC kali ini turut dicabar agar PBC akan datang iaitu pada 29-30 Mei 2010 akan mencapai bilangan peserta yang tinggi. Justeru itu anda boleh mendaftarkan diri melalui blog ini sekarang!
No comments:
Post a Comment