Monday, December 7, 2009
PBC Permai Inn Kuala Terengganu
Pada 4-5 Disember 2009, diadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Program yang ditunggu-tunggu ini disertai oleh 111 orang peserta serta dibantu oleh hampir 30 ahli jawatankuasa penganjur.
Program pada hari pertama dirasmikan oleh PJS Che Mat Syukri setelah pendaftaran peserta selesai dilakukan pada awal pagi. Beliau menekankan pertemuan PBC ini bukan hanya melibatkan urusan dunia, tetapi persediaan akhirat, dimana diadakan modul kiamulai dan kuliah subuh. Antara matlamat pengisian program ini juga sedikit sebanyak menyelamatkan umat dari kegelapan kepada kecerahan dari aspek halal & haram pemakanan seharian. Selain itu perdagangan/perniagaan dan penyebaran agama Islam sebenarnya berkaitan sejak kedatangan pedagang Arab ke Tanah Melayu.
Modul pertama adalah Profil Syarikat yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jerlun Kedah iaitu PJS Ustaz Salehuddin bin Hj Ramli. Beliau menerangkan latarbelakang syarikat HPA , misi dan kenapa penubuhan HPA ini serta kejayaan yang dicapai oleh syarikat HPA ini yang sudah disertai oleh melebihi 550 000 pengedarnya. Beliau juga sempat menyatakan bahawa anak sulungnya yang kini belajar di USIM mampu menperolehi bonus ~RM1000 setiap bulan tanpa PTPTN. Dengan kata lain kejayaan beliau membolehkan urusan hidup keluarganya tidak bergantung kepada hutang/pinjaman bank.
Modul kedua adalah Pelan Pemasaran dengan penceramah jemputan iaitu PJS Syed Ageel. Beliau menerangkan stuktur pelan pemasaran HPA yang telus, mudah tanpa penindasan atau penipuan.
Sesi petang diikuti oleh modul Eagle Eyes Sponsoring oleh PJS Syed Ageel. Antara kandungan modul ini adalah menekankan konsep gerak kerja 6M.
Jadi diantara “M” ke enam dalam gerak kerja 6M adalah Mendiagnos dan Merawat. Maka modul ke-empat adalah Mendiagnosis Saraf Tapak Tangan yang disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Antara kandungan modul adalah keadaan sifat tapak tangan seperti lembab, kasar, dan licin memberikan petanda awal tapah kesihatan seseorang itu.
Pada malamnya modul ke lima adalah Halal Haram Tangungjawab Bersama yang disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Beliau menekankan bahawa selain Fesyen/pakaian, Female/wanita, dan Fun-Fair/hiburan, Food/Makanan/Minuman yang diambil oleh masyarakat muslim seharian kini adalah ancaman terbesar umat Islam kini. Berapa peratuskah produk Islam di dapur anda/saya? Adakah halal disudut logo halal sudah mencukupi?
Pada awal jam 4 pagi diadakan kiamulai yang disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaludin Jusoh dari Madrasah Darul Bayan Paka Terengganu. Beliau juga menyampaikan kuliah subuh sesudah itu. Kemudian majlis diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim untuk sesi senaman pernafasan.
Modul ke tujuh pada paginya adalah slot Kongsi Pengalaman yang disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaludin Jusoh. Beliau menyatakan sejarah penglibatannya didalam HPA bermula pada tahun 2004. ada dua faktor penyebab iaitu tahap kesihatan keluarganya dan sumber kewangan madrasahnya. Dipendekan cerita di dalam blog ini, akhirnya beliau kini berjaya menyumbangkan RM5-6K setiap bulan untuk madrasahnya serta menjimatkan kos perubatan. Secara tidak langsung beliau juga memberi contoh bagaimana anda boleh membantu menyumbangkan sumber kewangan keatas surau, sekolah atau badan kebajikan dengan menaja diatas nama institusi berikut. Bagus juga idea ini!.
Modul ke lapan disampaikan oleh PJS Abdullah Abdul Rahim mengenai Product Knowledge iaitu Kopi Radix. Antara fakta tentang Kopi Radix ini adalah satu-satunya kopi yang didaftarkan dan diiktiraf oleh SIRIM. Antara kandungan dalam Kopi Radix ini adalah Tongkat Ali, Teja Lawang, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Tebu Gajah, Larak dan Halban Hitam. Kahsiat setiap satunya diterangkan dengan panjang lebar.
Modul berikutnya adalah persembahan setiap peserta berkumpulan.
Pada akhir program ini adalah penyampaian cenderahati kepada kumpulan terbaik, dan peserta terbaik. Majlis penutup diketuai oleh PJS Abdullah Abdul Rahim dengan rumusan program 2 hari satu malam ini.
Para peserta disuraikan dengan bacaan selawat ke atas nabi dan bersalaman sebagai tanda perpisahan.
Secara peribadinya saya melihat program PBC di Kuala Terengganu ini yang dianjur oleh Kominiti Cawangan HPA Kuala Terengganu menjadi petanda aras “benchmark” kepada program PBC yang lain diseluruh Malaysia. Bukan hanya bilangan peserta yang ramai tetapi pengurusannya tersusun dengan jayanya.
Marilah bersama saya menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya dengan pelbagai program yang akan mendatang.!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment