Friday, June 26, 2009
Omega 3 untuk Perkembangan Janin
Saya mula menggunakan Omega-3 Softgel HPA ini sejak awal tahun ini, manakala isteri mulai mengamalkannya sejak mengandungkan Eizz Eiymann Nazrin. Di ketahui bahawa DHA amat diperlukan untuk perkembangan janin terutama di bahagian otak dan mata ketika trimester ketiga. Bagus juga ada Omega-3 ini, tak pasal-pasal nanti, si suami terpaksa memukat ikan Salomom, ikan Tenggiri Biru dan ikan Kod di laut Artik.Sejukkk…
Harga Omega-3 Softgel ini adalah antara yang menarik dan murah berbanding dengan lain pengedar Omega-3 yang terdapat di pasaran semasa ini. Sebagai contohnya pengedar C*I Omega 3 berharga RM72 untuk 30 softgel, pengedar 2*st Cen***y berharga RM29.90 untuk 60 softgel. Harga Omega-3 Softgel HPA ini RM 28 untuk 60 softgel. Dengan kata lain amalkan barangan buatan tempatan.
So selamat mengamalkannya.
Wednesday, June 17, 2009
Set Pencuci & Pembersih
Syukurlah HPA dekat dengan kehidupan seharian kita dengan menyediakan beberapa produk yang begitu sesuai digunapakai didalam kita mengemas dan membersihkan rumah. Kali ini kami ingin mengajak anda melihat beberapa produk HPA yang digunakan didalam kita membasuh baju, mencuci pingan mangkuk, mencuci lantai , mencuci mangkuk tandas, membersihkan tangan malah penghindar serangga.
Kami menggunakan cecair pencuci Wahdah ketika menbasuh pingan-mangkuk, periuk-belangga, pendek kata segala yang perlu di basuh di atas singki itu lah.
Setelah selesai mencuci pingan-mangkuk, tangan tu perlu dibersihkan dan diwangikan oleh pencuci tangan Centella. Di harumkan oleh haruman orange.
Wah! banyak sungguh baju yang perlu dibasuh. Kebetulan cuaca panas kebelakangan ini, sesuai untuk mendobi secara besar-besaran. Kami tiada pembantu rumah, so kalau baju yang sudah diperapkan membukit menanti untuk dibasuh hujung minggu..memang pekara biasa. Ha..serbuk pencuci kain Freesia dapat membantu kami.
Lantai juga perlu di mop. Terutama lantai jenis marble atau ceramic cepat kotor dan mudah kelihatan kotorannya. HPA ada mengeluarkan pencuci lantai organik Merbau. Wangi baunya.
Nak cuci mengkuk tandas pun HPA sudah sediakan iaitu pencuci tandas organik Angsana. Bab ini tak nak cerita panjang...
Rumah kalau sudah dibiarkan 2-3 hari, mula lah angkatan semut, lipas atau lalat menyerang atau menjadikan markas mereka di rumah kita. Bagi menghindar kehadiran serangga ini, gunakan lah penghindar serangga Jasmin. Pasti mereka berfikir dua kali untuk singgah kerumah anda..he..he.
Cerita pun cerita juga..
Yang ...abang penatlah mop lantai ni..
Tuesday, June 2, 2009
Bagaimana Menambah Bonus
Bulan mei ini bukan sahaja bonus yang kami perolehi tetapi kenaikkan pangkat suami dari Pengurus Melati, PLX ke Pengurus Meranti, PRX. Untuk kenaikkan pangkat ke PRX, terdapat 3 PLX perlu di lahirkan di aras pertama seperti rajah 1. Maka secara tidak langsung kewujudan PLX rakan niaga dibawah rangkaian seseorang itu penting bagi memastikan kenaikkan pangkatnya seterusnya peningkatan peratusan bonus.
Rajah 1: Struktur kenaikkan pangkat PRX
Apabila menjadi PRX, bonus dibayar pada tahap 23% berbanding PLX iaitu 20%. Contoh pengiraan katakan pembelian bulan ini sebanyak 500 nilai mata, maka Bonus Pembelian Peribadi ialah 500 x 0.23 =RM115. Berbanding RM100 sahaja untuk PLX. Ini adalah pengiraan minimum sahaja tanpa termasuk Bonus Kenaikkan Pangkat, Bonus Generasi Pangkat, Bonus Kemajuan Jaringan dan lain-lain.
Jika seseorang itu baru menyertai ahli HPA, dia dikenali sebagai Pengedar Bertauliah (PB) di mana Bonus Pembelian Peribadi berlegar diantara 10% sehingga 17% sahaja. Untuk dia naik pangkat ke PLX (bonus 20%), dia perlu mengumpul nilai mata sehingga melebihi 1500 nilai mata. Secara kasarnya jika dia melakukan pembelian/jualan minimum 100NM sebulan (=10 kotak Kopi Radix Jumbo), dia hanya dapat mendapat PLX selepas 1 tahun 3 bulan dengan anggaran nilai pembelian/jualan sebanyak RM3900. (Katakan, Kopi Radix Jumbo 10NM, 150 kotak x RM26). Cara sebegini agak lambat dengan pembelian/jualan yang agak besar.
Tetapi melalui program PBC, seseorang PB itu boleh mencapai PLX dengan cepat. Dengan cara hadiri PBC selama 2hari/satu malam , dengan bayaran RM160 ~RM180, kemudian dalam tempoh masa dua bulan dari hadiri PBC tersebut, lakukan pembelian/jualan sebanyak 300NM sahaja. Apabila syarat ini dipenuhi, dia layak dinaikkan pangkat ke Pengurus Melati, PLX.
Maka bonus iaitu cek pertama yang di akan perolehi seperti berikut:
1. Pembelian peribadi 300NM, jadi 300x20%= RM60
2. Bonus Pembelian Stabil di berikan secara automatic, anggaran RM30.
Jumlah bonus (minimum) adalah RM90.
Sudah pasti kaedah kedua ini menarik, jimat wang dan masa malah anda memperolehi faedah yang berguna semasa menghadiri program yang disusun di dalam PBC ini.
Kepada anda di luar sana yang masih curiga tentang HPA, atau kurang pasti tentang halal haram pemakanan di luar sana, atau tidak tahu di mana hendak bermula, maka mulakan dengan langkah pertama anda dengan niat seiklasnya menyertai HPA (bagaimana sertai HPA), dan kemudian sertailah PBC .
PBC yang akan datang kemungkinan diadakan di Rumah Rehat Gerik Perak pada 18-19 Julai 2009 atau di mana-mana PBC di seluruh negara. Insyaallah kami akan menemani anda di PBC Gerik akan datang ini.